Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi, Vinales ‘Luluskan’ Komponen Baharu M1, Bukan Swingarm Karbon Saja yang Diuji
Auto Terkini

Rossi, Vinales ‘Luluskan’ Komponen Baharu M1, Bukan Swingarm Karbon Saja yang Diuji

AryonBy Aryon03/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA komponen baharu Yamaha YZR-M1 diluluskan duo pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi dan Maverik Vinales, dan kemungkinan besar digunakan dalam perlumbaan akan datang, kata pengarah pasukan Yamaha, Massimo Meregalli.

Seiring enjin versi 2020 dikemas kini, Yamaha sekali lagi cuba melakukan kejutan menerusi pengenalan beberapa komponen baharu yang akan digunakan musim ini seperti swingarm gentian karbon, penutup aero pada roda depan (lihat foto atas), dan ekzos baharu (mirip seperti sistem Suzuki).

“Lebih dua hari Vale dan Maverick menguji enjin 2020 spesifikasi baharu, swingarm baharu, ekzos Akrapovic baharu dan kami turut berikan perhatian kepada aspek aero badan.

“Semua barang tu diluluskan pelumba kami dan kemungkinan besar digunakan dalam perlumbaan akan datang,” kata Meregalli.

BACA >>> Mampu Pintas Semula Rins, Tapi Silap Brek, Rossi Minta Maaf Tidak Menang GP Amerika

RAIH KEPUTUSAN TERBAIK DALAM UJIAN MISANO

Rossi dan Vinales adalah kalangan pelumba yang cuba menamatkan saingan dalam ujian MotoGP di Misano dengan komponen tayar belakang ultra lembut. Hasilnya, Rossi menamatkan saingan dari kedudukan ke-13 ke tempat keempat, manakala Vinales daripada tempat ke-17 kepada posisi keenam.

Malah pelumba satelit Yamaha turut menunjukkan aksi memberangsangkan apabila rookie Fabio Quartararo mencatatkan pusingan lap terpantas, dan rakannya Franco Morbidelli di tempat ketiga. Ini bermakna semua wakil Yamaha menguasai kedudukan keenam terbaik.

Mengulas tentang prestasi M1, Rossi berkata;

“Keseluruhan ujian tidaklah teruk sangat sebab kami dapat perbaiki cengkaman roda belakang, pecutan dan aku rasa bagus, dan kami kompetitif.”

Walaupun mengakui tidak tahu apakah fungsi kit aero, tetapi bagi The Doctor, komponen tersebut sangat cantik dan boleh saja dikekalkan. Perlumbaan GP Misano akan bermula 13-15 September ini.

BACA >>> Rossi: Jentera Prototaip Yamaha M1 (2020) ‘Bishe-Bishe’ Sahaja

SUMBER: Crash.net

Auto Terkini GP Misano Massimo Meregalli Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP 2019 Valentino Rossi Yamaha Yamaha YZR-M1 Yamaha YZR-M1 (2020)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.