Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Tak Dapat Ikut Rapat Quartararo Sebab Tinggi
Auto Terkini

Rossi Tak Dapat Ikut Rapat Quartararo Sebab Tinggi

AryonBy Aryon19/09/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEKANDA Valentino Rossi mengakui tidak pasti kenapa dia tidak dapat mengikut rentak adik Fabio Quartararo dalam aksi GP San Marino, minggu lalu yang menjadi hujung minggu paling manis buat pasukan Yamaha sepanjang saingan MotoGP 2019 setakat ini.

Apa tidaknya, walaupun terpaksa akur kepada jentera Honda ditunggang adinda Marc Marquez sebagai juara, semua empat kedudukan di belakang dibolot pelumba Yamaha daripada pasukan pengilang dan satelit. Di belakang Quartararo ditempat kedua ialah Maverick Vinales (3), disusuli Rossi (4) dan Franco Morbidelli (5).

Malah, kedudukan keempat diraih Rossi itu adalah antara keputusan terbaik pelumba veteran itu setakat tahun ini. Namun apa yang menghampakan, jarak antara dia dan Quartararo sangat jauh, kira-kira 11 saat sedangkan rookie itu cuma menunggang jentera satelit sahaja, iaitu M1 versi lama. Mujurlah ada Vinales sebagai wakil pasukan pengilang Yamaha dengan beza masa 0.7 saat di belakang.

Inilah yang menimbul kehairanan Rossi kenapa rakan pasukannya, Vinales dapat mengekori rapat Quartararo. Lebih menghairankan, dia dan Morbidelli (Petronas Yamaha SRT)  mencatatkan masa yang lebih kurang sama. Antara Rossi dan Morbidelli, beza masa lebih kurang 0.11 saat sahaja.

Mungkin boleh diterima juga kehairanan Rossi itu jika kita imbas semula keputusan pada pusingan awal dulu. Rossi pernah meraih podium dalam aksi pusingan kedua (Argentina) dan ketiga (Amerika), manakala Quartararo pula meraih tiga kali grid depan dan empat kali podium, terutama dalam tiga aksi pusingan terakhir ini.

Namun, kedudukan Rossi masih kekal di atas Quartararo dalam senarai ranking keseluruhan pelumba, tetapi di bawah Vinales.

Selepas buntu memikirkan kepelikan itu, kekanda akhirnya membuat teori tentang fizikal, yang mana dia dan Morbidelli lebih tinggi.

Maverick dan Quartararo lebih laju daripada aku dan Franco, kami berdua ada banyak masalah, terutama bila keluar corner, nampak macam kami kurang cengkaman untuk memecut.

“Sebab apa jadi lagu tu? Mungkin sebab kami tinggi, kami pun tak tau. Tapi kami perlu cari penyelesaian untuk jadi lebih kuat duk ada,” kata Rossi lagi.

Rossi memiliki ketinggian 181sm, dan Morbidelli 176sm, manakala tinggi Quartararo (177sm) dan Vinales (171sm). Masalahnya sekarang, tinggi Morbidelli pun lebih kurang sama saja dengan Quartararo. Hmm…

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini Fabio Quartararo franco morbidelli GP San Marino Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP 2019 Petronas Yamaha SRT Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026

    3 Comments

    1. Nizar Ahmad on 19/09/2019 23:45

      Susah juga nak cakap mgkn berat badan juga faktor utama

      Reply
    2. Ikhwan on 20/09/2019 21:17

      Potong kaki la kalau dah tinggi sangat, hahaha. Banyak songeh tul

      Reply
    3. Mohd Zubir bin Sarbini on 26/10/2019 16:56

      hahaha..alasan gila … pelumba honda tu pendek boleh pulak menang..sebb rossi dah tua la…keberanian nya dah berkurangan.. lagi satu ..kaki nye suka terkangkang jauh bila nak corner..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.