Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Rossi Dedah Punca Dia Marahkan Toni Elias Sejak MotoGP 2006 Sampai Sekarang
Roda2

Rossi Dedah Punca Dia Marahkan Toni Elias Sejak MotoGP 2006 Sampai Sekarang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA hari lalu, wartawan MotoGP, Matthew Birt mengadakan sesi temu bual atas talian dengan dua pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Maverick Viñales dan Valentino Rossi.

Sepanjang temu bual berdurasi 48:15 minit itu, pelbagai perkara dibincangkan seperti perancangan Rossi tahun depan dan jangkaan kedua-dua pelumba tersebut untuk musim ini, termasuk isu lain. Namun, satu soalan menarik dibangkitkan Birt adalah kisah Rossi dengan pelumba Sepanyol, Toni Elias pada 2006.

Sebelum ini Toni ada mengeluarkan kenyataan mendakwa Rossi masih tidak sukakan dia disebabkan insiden kekalahan di GP Portugal pada 2006. Menurutnya, kekalahan Rossi musim itu bukan sekadar memusnahkan harapannya untuk bergelar juara MotoGP 990cc (juara 2006 menjadi milik Nicky Hayden), tetapi turut gagal meletakkan Yamaha sebagai pasukan pengilang terbanyak menjadi juara dunia era itu.

BACA >>> Rossi Seronok Dapat Nombor 7 Walaupun Tak Pernah Main Game MotoGP

Sepanjang lima tahun Kejuaraan Dunia MotoGP 990cc (2002-2006), Honda merangkul tiga kejuaraan, manakala Yamaha dua gelaran dunia. Antara punca Yamaha gagal mengatasi Honda adalah kegagalan Rossi pada MotoGP 2006 selepas kecundang kepada Toni di GP Estoril, Portugal pada 15 Oktober 2006.

Sebelum saingan di Estoril, pelumba Amerika Syarikat, Hayden sedang mendahului perlumbaan, dan Rossi di tempat kedua. Apabila Hayden terbabas di lap ke-4, Rossi sepatutnya sudah layak bergelas juara dunia dengan mata terkumpul 349.

Namun, The Doctor yang bermula di grid depan dengan jentera Yamaha M1 mengalami kekalahan kepada Toni yang  bermula di petak ke-11 dengan Honda RC211V dan tayar khas Michelin. Rossi cuma terlewat 0.002 saat, dan hanya mampu mengumpul 20 mata.

BACA >>> Rossi Masuk Petronas Yamaha SRT Tahun Depan?

Toni berkata;

Meraih kemenangan MotoGP sangat penting, tetapi kemenangan itu jadi bersejarah apabila berlumba dengan Rossi. Itu kenangan yang akan saya simpan dan Michelin berikan kami tayar baharu pada perlumbaan Sabtu itu dan dapat meningkatkan kelajuan 0.7 saat.

“Aku berterima kasih kepada Michelin walaupun aku marah apabila tahu tayar dengan getah lembut itu selama ini dipakai penunggang terbaik sepanjang musim, dan mereka (Michelin) hanya beri kepada kami dalam dua perlumbaan terakhir tahun itu. 

“Masa aku jumpa Rossi di Austin, iaitu lokasi aku jumpa dia setiap tahun, aku dapat rasa dia masih bawa kenangan lama dulu dalam hati. Dia belum maafkan aku. Aku cakap, semua sudah berlalu, sekarang masa jadi kawan, tapi memang mustahil. Masa tu sangat kompetitif, dan semua dilakukan dengan hati, jadi dia memang takkan pernah maafkan aku.”

Jadi, dalam temu bula itu, Birt mengambil kesempatan bertanya (minit 14:17) terus isu berkenaan kepada Rossi. Berikut apa dibalas The Doctor;

Tak, kami kadang-kadang jumpa kat Amerika sebab dia berlumba kat sana buat masa ini. Bagi aku, itu sesuatu yang positif, kami sebenarnya ada hubungan yang baik, aku tak marah pun sebab kalah kat Portugal (Estoril), tapi lebih kepada kemalangan yang Toni jadi punca kat Jerez (Sepanyol).

“Itu GrandPrix pertama musim tersebut dan aku jatuh pada selekoh pertama. Itulah yang mungkin buat aku kehilangan juara.”

Lalu Birt bertanya; “Jadi kau maafkan dia (Toni) di Estoril, tapi bukan di Jerez?”

Sambil tersenyum Rossi menjawab, “Ya, tepat!” 

Di GP Jerez pada 2006, Rossi mendapat tempat ke-14, manakala Toni menamatkan saingan di kedudukan ke-4. Aksi di Jerez juga adalah satu daripada dua pusingan yang menyaksikan pelumba legenda itu meraih kedudukan paling teruk, dan satu lagi di Valencia, iaitu di tempat ke-13.

Hayden menjadi juara MotoGP 2006 dengan dibezakan cuma 5 mata daripada Rossi.

BACA >>> Jack Miller: Semua Pelumba Perlukan Masa Serasi Motor Baharu, Kecuali Rossi

VIDEO

2020 MotoGP Kejuaraan MotoGP Matt Birt Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP Pasukan Yamaha MotoGP roda2 Valentino Rossi Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.