Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi: Aku Harap Boleh Pergi Masa Lalu Supaya Dapat Berlumba 10 Tahun Lagi
Auto Terkini

Rossi: Aku Harap Boleh Pergi Masa Lalu Supaya Dapat Berlumba 10 Tahun Lagi

AryonBy Aryon13/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEKANDA MotoGP, Valentino Rossi ketika ditanya mengenai saingan musim depan bersama pasukan Yamaha berkata beliau mahu terus berlumba selagi mana badan mampu bertahan walaupun usianya tahun depan bekal genap 40 tahun.

Malah ‘The Doctor’ sempat berseloroh yang beliau kalau boleh mahu memutar masa dan balik ke 10 tahun lalu supaya dapat terus berada pada tahap terbaik untuk sedekad lagi.

Rossi ketika ditemu bual GPOne mengenai langkah pertamanya dalam dunia permotoran berkata;

“Semasa aku kanak-kanak, aku pernah main go-kart dan entah macam mana aku boleh bermula sebagai pemandu kereta. Aku luangkan banyak masa dalam kereta, tetapi rali sebenar memang susah untuk aku. Aku tak fikir dapat sampai ke tahap lima terbaik kerana pelumba WRC (Kejuaraan Rali Dunia) sangat laju, aku kuat di Monza pun sebab aku tahu perlumbaan itu. Tapi dalam kejuaraan dunia, ia berbeza.” 

BACA >>> Rossi Juara Monza Rally Show Kali Ke-4 Berturut-Turut, 8 Kali Keseluruhan!

Rossi beberapa hari lalu baru saja menjuarai acara Monza Rally Show buat kali keempat berturut-turut dan kelapan keseluruhan yang disertainya sejak 2002. Namun ada cakap-cakap belakang mengatakan pelumba lain tidak diberikan kondisi sama rata dan adil untuk bersaing. Rossi misalnya berlumba dengan Ford Fiesta WRC, iaitu jentera yang 80hp lebih berkuasa berbanding pelumba lain.

Bagaimanapun, Rossi memang mengalu-alukan pelumba WRC lain menyertai acara tersebut.

“Memang baguih kalau ada pelumba WRC ambil bahagian, tetapi cuma atas trek tradisional. Ia akan jadi lebih hebat kalau buat atas trek kotor,” ujar kekanda dengan begitu gentle dan tidak goyang sama sekali.

YAMAHA ADA POTENSI

Mengulas mengenai persiapannya bersama Yamaha menjelang MotoGP 2019, Rossi berkata, ada beberapa masalah perlu ditangani, tetapi beliau yakin pasukan pengilang itu memiliki potensi teknikal untuk jadi semakin baik dan kuat.

Masa depan Rossi dalam MotoGP setakat ini terjamin selepas memperbaharui kontrak dengan Yamaha selama dua musim, iaitu hingga 2020. Namun kekanda sempat pula bergurau yang masa paling ideal untuk beliau terus berlumba ialah sekurang-kurangnya hingga 2028. Itupun jika beliau masuk mesin masa.

“Aku suka kalau boleh pergi masa lalu sebab aku nak berlumba untuk 10 tahun lagi,” katanya.

Rossi juga percaya seterunya, yang juga juara MotoGP 2018, Marc Marquez sekali lagi akan jadi lawan paling kuat sambil mengharapkan Yamaha jadi semakin kuat dan hebat.

“Aku jangka Marquez sangat kuat, seperti selalu. Kami agak bergelut dengan M1 sepanjang dua musim lepas. Ada beberapa masalah perlu diselesaikan, tetapi aku yakin Yamaha ada potensi teknikal untuk menangani situasi tersebut,” kata Rossi.

 

Auto Terkini Ford Fiesta WRC Monza Rally Show MotoGP sukan permotoran The Doctor Valentino Rossi VR46
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.