Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Rolls-Royce Phantom VII Terakhir, Bakal Diganti Model Baharu Tahun Ini
Roda4

Rolls-Royce Phantom VII Terakhir, Bakal Diganti Model Baharu Tahun Ini

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

rolls-royce-phantom-vii-last-bg
ROLLS-ROYCE kelmarin menamatkan model Phantom VII yang diperkenalkan sejak 2003. Model Phantom itu sendiri sebenarnya sudah dilancarkan pada 1925 menerusi Phantom I bagi menggantikan model Silver Ghost yang ditamatkan pengeluaran pada tahun sama.

Pengaruh laut jelas terserlah menerusi skema warna biru baldu (Blue Velvet) yang disatukan dengan garis koc dengan motif kapal, dan tayar diberikan kemasan garis putih. Phantom sememangnya direka berasaskan pengaruh kapal dan laut sebagai tema sejak awal pembinaan kereta mewah itu dahulu.

Seperti biasa, hiasan dalam kabin ditatah trim kayu yang cukup cantik dan sinonim dengan jenama Rolls-Royce. Unsur maritim dapat dilihat pada rekaan jam pemuka dan radio kapal, serta sulaman kulit warna biru pucat atau Powder Blue yang mengambil ilham daripada ombak laut.

PENGGANTI BAKAL TIBA

Gelang atau bezel keliling jam pemuka boleh digerakkan untuk mengubah zon masa berbeza, manakala alas kaki digarap supaya kelihatan seperti deru ombak di belakang kapal.

Walaupun generasi Phantom VII ditamatkan hayat, tetapi itu bukan bermakna jenama Phantom itu sendiri akan berakhir. Malah, prototaip Phantom VIII sudah tersebar dan Rolls-Royce sendiri mendakwa pengganti generasi baharu akan tiba.

Sesetengah media permotoran menjangkakan generasi baharu hanya akan diperkenalkan dalam bentuk sedan dengan jarak roda panjang dan pendek. Model baharu itu juga dijangka diperkenalkan tahun ini dan mungkin melakukan debut di Pameran Permotoran Geneva, Mac ini atau Pebble Beach Concours, Ogos ini.

GALERI

SUMBER: Autoblog.com

 

Roda4 Rolls-Royce Rolls-Royce Phantom VII Rolls-Royce Phantom VII terakhir
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

27/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.