Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rolls-Royce Phantom Serenity Tampil Kehalusan, Kecantikan Kimono Klasik Jepun
Auto Terkini

Rolls-Royce Phantom Serenity Tampil Kehalusan, Kecantikan Kimono Klasik Jepun

Han OthmanBy Han Othman26/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ROLLS-ROYCE Phantom Serenity sudah dipamerkan kepada umum di Pameran Motor Geneva 2015. Apa yang unik mengenai setiap model Rolls-Royce ialah rekaan buatan tangan yang dihasilkan dengan penuh ketelitian dan kehalusan, terutama hiasan dalaman. Lihat saja model ini.

Roll-Royce Phantom Serenity memberikan gambaran tentang bagaimana rekabentuk yang penuh berseni pada kenderaan masa hadapan. Projek Phantom Series II itu ialah hasil kerja tangan pasukan rekabentuk tempahan khas Rolls-Royce, dipanggil Rolls-Royce’s Bespoke Design yang menampilkan rekaan dalaman, termasuk upholsteri yang dihasilkan daripada fabrik sutera 10 meter yang ditenun dan dicelup warna secara buatan tangan untuk menghiasi ruang kabin bertema hijau Smoke Green.

BACA >>> Rolls Royce Bawa Raja George VI, Winston Churchill dan Presiden Eisenhower Dijual Lebih RM1 Juta

Setiap hiasan bunga sakura ialah sulaman tangan, manakala  ranting dan dahan ditekap dan dilukiskan menggunakan tangan, di mana setiap panel mengambil masa 600 jam untuk disiapkan.

Rekaan dihasilkan diilhamkan daripada pakaian jūnihitoe, iaitu sejenis kimono sutera yang dipakai wanita ternama di Jepun sejak berabad lama. Trim kerusi, pintu dan fasia papan pemuka serta konsol tengah menggunakan kemasan kayu pohon ceri yang diasapkan (smoked) bersama lapisan silang buluh.

Kemasan ibu mutiara – mother of pearl – digunakan untuk menghasilkan tekapan aksen pada pintu. Sebagai makluman ibu mutiara juga dipanggil nakre, iaitu material komposit organik-bukan organik yang dihasilkan haiwan moluska sebagai lapisan dalaman cengkerang. Ia juga menjadi penyalut luar mutiara.

rolls-royce-phantom-serenity-5
Pada panel meter, kerusi kulit putih dan instrumen jarum juga menggunakan kemasan warna putih ibu mutiara berserta merah delima yang tampak ringkas, eksklusif dan elegan. Tidak cukup dengan itu, keindahan dalaman Roll-Royce Phantom Serenity diserlahkan lagi menerusi penggunaan tiga peringkat kemasan warna ibu mutiara yang digilap selama 12 jam untuk mendapatkan tahap pijaran yang tepat.

BACA >>> Pernah Digelar ‘Motosikal Rolls Royce’, Brough Superior SS100 Versi Moden Tampil Memukau

Akhir sekali, tambahan kepada rekabentuk penuh keanggunan itu semestinya kelancaran transmisi automatik 8-kelajuan dengan diferensial belakang yang disatukan bersama enjin suntikan terus V12. Mungkin inilah alasan kukuh mengapa si kaya dan hartawan sanggup membelanjakan lebih AS$1 juta (RM4.47 juta) untuk memiliki model mewah penuh ikonik ini.

GALERI

SUMBER: RobbReport

jūnihitoe kimono sutera Roda4 Rolls-Royce Rolls-Royce Phantom Serenity Rolls-Royce’s Bespoke Design
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.