Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Riolutions: Kelab Komuniti Pemilik Kia Rio Malaysia Anjur Perhimpunan Merdeka!
Auto Terkini

Riolutions: Kelab Komuniti Pemilik Kia Rio Malaysia Anjur Perhimpunan Merdeka!

Han OthmanBy Han Othman15/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN Kia Rio bukanlan jenama popular di Malaysia, tetapi model hatchback subkompak ini memang ada kelompok peminat tersendiri.

Malah, pemilik kereta Korea ini ada kelab mereka sendiri di Malaysia, dipanggil Riolutions yang ditubuhkan sejak 30 April 2013 dengan menggunakan laman Facebook sebagai platform komunikasi. Setakat ini, kelab komuniti itu sudah mengumpul 6,803 ahli yang bukan saja di Malaysia, tetapi juga luar negara.

Ini forum tempatan yang paling aktif membincangkan dan berkongsi apa saja tentang Kia Rio, dengan misi menghubungkan pemilik dan peminat Rio dari Malaysia dan seluruh dunia. Ini membolehkan setiap pemilik dan peminat model itu saling bertukar maklumat, berkongsi idea, mengeratkan silaturrahim dan berseronok.

BACA >>> #PanduUji: 6 Sebab Kenapa Kia Rio Sedan Perlu Lebih Perhatian

PERHIMPUNAN MERDEKA PUTRAJAYA

Sempena sambutan kemerdekaan ke-62 pada 31 Ogos lalu, Riolutions menganjurkan ‘Perhimpunan Merdeka’ bertemakan ‘We Are Not Racers, We Are of All Races’ di Taman Tasik Cyberjaya yang bertujuan mempromosikan perpaduan dan perpaduan dalam kalangan ahli kelab selain menanamkan rasa cinta kepada negara.

Menariknya, acara tersebut tersebut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi perhimpunan Rio terbesar pernah dianjurkan dengan dihadiri 33 pemilik Kia Rioyang datang dari Lembah Klang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Acara itu, yang menarik perhatian lebih 80 orang, termasuk kanak-kanak, dimeriahkan dengan sarapan ringan, ‘pek parti’ untuk kanak-kanak, cabutan bertuah, kereta berhias dan pertandingan kereta tema terbaik. Kemuncak acara adalah konvoi sejauh 30km merentasi Lebuhraya Elite ke tempat makan tengah hari di The Mancave, Glenmarie, Shah Alam.

BACA >>> Kia Rio Automatik 6-Kelajuan Sudah Pun Ada Dijual di Pusat Jualan?

Konvoi tersebut nyata menyeronokkan bagi kebanyakan peserta yang mengakui itu ialah pengalaman pertama mereka.  Jawatankuasa penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam acara berkenaan, termasuk pihak penaja bersama, NÖÖÖDLES Express®, Krava Studios dan The Mancave, Glenmarie.

Sesiap yang berminat menyertai kelab komuniti Riolutions bolehlah mendaftarkan diri ke laman grup Facebook RIOLUTIONS (https://www.facebook.com/groups/riolutions/).

Auto Terkini hatchback subkompak Kelab Kereta Kelab Kia Rio Malaysia Kelab Komuniti Kia Rio Perhimpunan Merdeka Kelab Kia Rio Malaysia 2019 Riolutions subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.