Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rider Foodpanda Kini Dapat Caruman Perkeso
Auto Terkini

Rider Foodpanda Kini Dapat Caruman Perkeso

AryonBy Aryon18/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERAMAI 2,544 penghantar makanan (rider) Foodpanda seluruh negara menerima manfaat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menerusi caruman FoodPanda Malaysia.

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, caruman berjumlah RM199,958.40 diserahkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai penghargaan kepada penghantar Foodpanda dan komitmen syarikat ke atas kebajikan pekerja dengan memberi perlindungan keselamatan sosial sekiranya berlaku kejadian luar jangka ketika bekerja.

BACA >>> PRIHATIN: Pekerja PKS Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah Maksimum RM1.2k Sebulan!

Kesihatan dan keselamatan para rider adalah keutamaan kami. Pada awal tahun lalu, kami melancarkan polisi insurans yang bukan saja melindungi rider ketika mereka bertugas, malah melindungi mereka 24 jam sehari.

“Sumbangan kami kepada Perkeso adalah salah satu inisiatif kami untuk para rider, dan kami sentiasa komited memberikan yang terbaik kepada semua rider kami.”

– SAYANTAN DAS, Pengarah Urusan Foodpanda

Dalam kenyataan sama, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kerjasama dengan syarikat peneraju platform makanan atas talian itu adalah satu pendekatan progresif bagi meluaskan jaringan keselamatan sosial dalam kalangan penghantar barangan dan makanan yang bekerja sendiri.

Menurutnya, Perkeso melalui SKSPS menyediakan perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri, melibatkan 20 sektor tidak formal termasuk sektor pengangkutan barangan dan makanan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), yang mula dikuatkuasakan sejak 1 Jun 2017 secara berperingkat bermula sektor pengangkutan penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas.

SKSPS juga memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan ketika bekerja, termasuk tanggungan mereka jika belaku kematian berkaitan bencana pekerjaan.

BACA >>> Covid-19: Rider FoodPanda PJ Beri Makanan kepada Barisan Depan Negara

Antara faedah yang disediakan SKSPS adalah:

  • Faedah perubatan
  • Hilang upaya sementara
  • Hilang upaya kekal
  • Elaun layanan sentiasa
  • Faedah orang tanggungan
  • Faedah pengurusan mayat
  • Kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional
  • Pinjaman pendidikan

SUMBER: Bernama

Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) Auto Terkini Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed Foodpanda Foodpanda Malaysia Penghantar Makanan Perkeso Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Rider Rider Foodpanda Sayantan Das Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.