Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Revolt RV400 – Motosikal Elektrik dengan Ciri AI Pertama di India Buka Tempahan
Roda2

Revolt RV400 – Motosikal Elektrik dengan Ciri AI Pertama di India Buka Tempahan

AryonBy Aryon18/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT start-up dari India, Revolt Intellicorp melancarkan produk pertama untuk pasaran motosikal elektrik, dipanggil RV400, yang didakwa sebagai motosikal kepintaran buatan (AI) pertama di negara itu.

RV400 dibina berasaskan gaya rekabentuk motosikal tradisional streetbike dengan tangki minyak maskular untuk penampilan agresif walaupun secara fakta ia dijana kuasa elektrik.

Jika fairing pada motosikal konvensional berfungsi sebagai penutup enjin, fairing model ini  berperanan sebagai penutup bateri, motor dan komponen lain selain memberikan penampilan lebih kemas dan menarik.

BACA >>> India Sasar Pelan Bebas Emisi, Motosikal Bawah 150cc Mesti Enjin Elektrik Pada 2025

Ciri biasa motosikal moden turut dikekalkan seperi lampu utama LED, lampu belakang dan lampu-lampu lain, termasuk konsol instrumen digital penuh dan punat penghidup tekan. Bagaimanapun, spesifikasi enjin tidak didedahkan.

Namun, Revolt Intellicorp memaklumkan yang RV400 mampu ditunggang sejauh 156km (menurut keputusan pusat ujian Bateri EV, ARAI di India) untuk sekali isian cas penuh, manakala kelajuan maksimum 85kmj. Trenkuasa model EV ini akan dibekalkan dengan tiga mod tunggangan, Eco, City dan Sport, termasuk dilengkapi empat jenis bunyi ekzos buatan untuk dipilih.

Bagi menangani isu kemudian stesen cas, Revolt menawarkan empat pilihan mengecas, iaitu menggunakan pengecas mudah alih, pengecas litar on-board, stesen tukar pakai, dan penghantaran ikut permintaan ‘delivery on demand’. Selain itu, pengguna akan mendapat mesej notifikasi yang memaklumkan lokasi stesen tukar pakai terdekat apabila cas bateri mula berkurangan.

RV400 juga diberikan fungsi Start Electric yang membolehkan motosikal ini dihidupkan menggunakan aplikasi mobil, termasuk ciri sekatan lokasi Geo-Fencing yang membenarkan pengguna menetapkan had sempadan geografi sebagai ciri keselamatan. Jadi, sekiranya, motosikal itu dikesan melepasi perimeter ditetapkan, respon kecemasan akan dihantar.

RV400 dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek menggunakan brek cakera untuk kedua-dua bahagian roda. Ada dua warna ditawarkan, Rebel Red (merah) dan Cosmic Black (hitam).

BACA >>> Legenda Biaggi Mahu Pecah Rekod Motosikal Elektrik Terpantas, 328kmj

Pra-tempahan akan dibuka 26 Jun ini menerusi laman web syarikat itu dan rakan kongsi niaga, Amazon India. Harga dan spesifikasi akan diumumkan bulan depan.

GALERI
EV India Kenderaan Elektrik (EV) motosikal elektrik Revolt Intellicorp Revolt RV400 roda2 streetbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.