Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Tentang Kawasaki yang Perlu Anda Tahu – Asal Kilang Kapal, Kini Bikin Motor
Autotainment

#RetroAuto: Tentang Kawasaki yang Perlu Anda Tahu – Asal Kilang Kapal, Kini Bikin Motor

Han OthmanBy Han Othman30/08/20186 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT asal Kawasaki diasaskan Kawasaki Shozo yang dilahirkan pada 1837. Beliau adalah anak lelaki kepada pedagang Kimono dan pada usia 17 tahun sudah pun menjadi pedagang di Nagasaki, Jepun.

Pada 1864, Shozo memulakan perniagaan perkapalan dengan sebuah kapal kargo tunggal. Malangnya, kapal itu karam dalam ribut kuat. Selepas bekerja dengan beberapa syarikat perkapalan lain dan menubuhkan laluan laut, beliau akhirnya menubuhkan syarikat limbungan kapal, Kawasaki Tsukiji Shipyard di Tokyo dengan bantuan Timbalan Menteri Kewangan Jepun ketika itu.


Syarikat milik Shozo berkembang ke beberapa kawasan pembandaran industri yang memerlukan pembuatan besi, termasuk kereta pengangkut, lokomotif, dan (pada 1906), galang untuk jambatan di kilang yang berpangkalan di Hyogo. Tahun berikutnya, syarikat tersebut mula menghasilkan turbin stim untuk industri marin.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Kawasaki Ninja 400 (2018)

Kilang Hyogo juga menjadi pusat pembuatan pesawat udara yang memasuki barisan pengeluaran pada 1918 dengan menghasilkan pesawat badan aluminium pertama Jepun. Kebanyakan pesawat ketika itu diperubat daripada kayu dan dilitupi kain penutup sepanjang spar.

BACA >>> Lakaran Asal Kawasaki Ninja 250/400 Didedahkan, Rekaan Ninja H2 Turut Jadi Ilham!

MOTOSIKAL PERTAMA

KAWASAKI 125B7

Motosikal pertama dihasilkan kilang Shozo adalah pada 1961 di Kilang Pesawat Kawasaki yang turut bergabung bersama pelbagai syarikat lain dan membentuk sebuah firma konglomerat yang kini dikenali sebagai Kawasaki Heavy Industries. Firma tersebut turut memiliki kilang pembuatan di lapan negara termasuk Jepun, China, Filipina, Thailand, Indonesia, Brazil dan dua lagi di Amerika Syarikat (AS) (Lincoln, Nebraska dan Maryville, Missouri). 

Menariknya, Kawasaki menjadi syarikat Jepun pertama yang menghasilkan motosikal di AS dan model pertama dibina di kilang Lincoln pada 1974. Kilang tersebut kini mengeluarkan model-model ATV, jet ski, dan kenderaan utiliti yang kebanyakannya dieksport ke pelbagai pasaran dunia, termasuk Jepun sendiri!

MODEL PENTING

Saban tahun, Kawasaki menghasilkan banyak model penting, terutama kepada penunggang motosikal sport. Segala pengetahuan yang diperoleh dalam kejohanan perlumbaan antarabangsa (seperti perlumbaan Grand Prix dan Superbika dunia) digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan jentera jalanan terbaik.

KH

Barisan enjin 3-silinder untuk model 2-lejang diperkenalkan Kawasaki pada 1968. H1 500 Mach111 mendapat kejayaan segera dengan menawarkan pecutan lurus dalam jarak ¼ batu atau 402m sepantas 12.96 saat dengan kelajuan terminal lebih 160kmj.

KAWASAKI H2 750

Menyusuli kejayaan model 500cc itu, Kawasaki kemudian mengeluarkan versi 250cc dan 350cc (sebelum digantikan 400cc), dan jentera 2-lejang jalanan paling berkuasa H2 750. Walaupun mesin itu terbukti reliabel, tetapi Kawasaki berdepan masalah karakteristik pengendalian yang lemah. Model 750 itu diberikan nama samaran, ‘widow maker’!

Hari ini, Kawasaki ‘bertiga’ atau ‘triple’ antara jentera yang berjaya memenangi hati kelompok pengumpul motosikal klasik menerusi harga munasabah dan alat ganti yang masih boleh dibeli.

Misalnya, model KH400 (1975), dalam kondisi terbaik dijual pada harga kira-kira AS$4,000 (RM16,307).


Z900
KAWASAKI Z900 (1973)

Kawasaki Z900 asalnya dihasilkan sebagai 750, tetapi apabila Honda memperkenalkan CB750 pada 1969 (dan menewaskan Kawasaki di pasaran), Kawasaki memutuskan meningkatkan kapasiti enjin 4-lejang jentera itu dan menangguh pembuatan model tersebut hingga 1972.

Akhirnya Z900 dengan teknologi DOHC pun dihasilkan dan dianggap antara enjin motosikal paling berkuasa pernah dihasilkan pengeluar Jepun semasa era itu. Namun, enjin pujian ramai itu gagal diimbangi frem dan lengan ayun yang kurang rigid  hingga melemahkan aspek pengendalian. Bagi mengatasi masalah tersebut, pemilik Z900 memilih memasang lengan ayun aftermarket dan absorber belakang upmarket atau premium bagi menambah baik pengendalian model berkenaan.

BACA >>> Kawasaki Z900 ABS Hanya RM49,158 Seunit – Harga Memang ‘Tak Masuk Akal’

Contoh awal, Kawasaki Z900 (1973) dalam kondisi terbaik biasanya dijual sekitar AS$18,000 (RM73,385) dan menjadi model paling diburu peminat motosikal.


BARISAN NINJA
KAWASAKI GPZ900R (1984)

Pada pertengahan 1980-an, Kawasaki memperkenalkan barisan sportbike baharu yang membawa nama model ‘Ninja‘, yang kemudian digunakan lebih 20 tahun. Ninja pertama ialah sebuah jentera 4-lejang 900cc sebelum disusuli model 600, 750, 1000, dan 1100 tidak lama kemudian, termasuk 250 yang dilancarkan pada 1988.

Barisan Ninja, yang menampilkan enjin DOHC dengan empat injap per silinder dan penyejukan air, meraih reputasi hebat di kalangan peminat permotoran atas prestasi cemerlang dan realibiliti ditawarkan. Prestasi mesin baharu tersebut semakin membuka mata apabila Ninja 900 menamatkan perlumbaan Isle of Man TT (1984) di tempat pertama dan kedua dalam kelas pengeluaran 750 hingga 1000cc.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 (2018) Boleh Cas Telefon Pintar! Pertama di Dunia dalam Kelas 250cc

GPZ900R (1984), juga disebut ZX900A-1, yakni ahli keluarga awal Ninja dinilai pada harga kira-kira $AS4,400 (RM17,932).

Kawasaki kawasaki ninja Kawasaki Shozo motosikal RetroAuto roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.