Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#RetroAuto: Suzuki Splash – MPV Mini yang Dibikin Khas untuk Pengguna Eropah
Roda4

#RetroAuto: Suzuki Splash – MPV Mini yang Dibikin Khas untuk Pengguna Eropah

Abang HirataBy Abang Hirata07/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI sememangnya pakar dalam menghasilkan kereta kompak dan kereta mikro, yang popular dengan istilah ‘keicar’ di Jepun. Kepakaran tersebut tidak hanya disimpan di Jepun, tetapi turut dibawa ke luar negara. Misalnya Wagon R+ yang dijual di Britain dengan mengetengahkan cita rasa pengguna berbeza.

Jika Wagor R+ sarat dengan cita rasa Jepun, lain pula kisahnya Splash yang dibangunkan Suzuki berasaskan idea baharu, atau bermula daripada kertas kosong.

BACA >>> #TMS2019: Daihatsu Pamer 4 Model Konsep Keicar untuk Aneka Gaya Hidup Warga Jepun

Splash bukan pengganti Wagon R+ kerana model ini dibina mengikut keperluan pengguna Eropah. Ini ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) mini yang menampilkan ciri asas pengunna Eropah dari segi rekabentuk, pengendalian dan aerodinamik serta diadun elemen tradisi seperti kompak, keselesaan dan ekonomikal.

Pasukan rekabentuk Splash dan model kembar, Opel/Vauxhall Agila ini diterajui Ketua Pereka dari Jepun, Akira Kamio yang turut bertanggungjawab dalam penggayaan Swift.

Sebelum Splash diperkenal di Britain pada 2008, Kamio sudah menganalisis karakteristik diperlukan untuk menghasilkan MPV mini Eropah seawal Oktober 2003 (lima tahun!). Keputusan diperoleh beliau menunjukkan sesebuah MPV baharu tidak semestinya tampil sebagai model saiz penuh yang dikecilkan.

Namun, MPV itu masih perlu mengekalkan ciri spesifik seperti posisi duduk tinggi untuk sudut pandangan yang baik, kelegaan ruang dan beberapa ciri asas lain. Jadi, pada Januari 2004, Suzuki menghantar 10 pereka luaran dan dalaman ke Jerman selama enam bulan untuk mempelajari dan menganalisis trend Eropah dalam kereta, fesyen, gaya hidup dan rekabentuk.

Berdasarkan pemerhatian dan dapatan, tiga cadangan rekabentuk dibentangkan kepada pengedar Suzuki dan pemilik MPV kompak bagi mengenal pasti tema paling digemari sebelum hala tuju rekabentuk diperhalusi.

Berikut cadangan dibentangkan:

  • Cadangan A: Rekaan sporty dan stabil yang tidak menekankan ketinggian kereta.
  • Cadangan B: Rekaan chic dan menawan supaya menonjol kepada pengguna wanita.
  • Cadangan C: Rekaan kontemporari yang menonjolkan fungsi kereta.

Keputusan diperoleh menunjukkan Cadangan A paling popular dan Suzuki mendapati pengguna Eropah cenderung kepada rekabentuk MPV yang sporty dan beremosi.

BACA >>> Honda Odyssey (2020) Facelift Bakal Perkenal Teknologi Buka-Tutup Pintu Automatik

Hasilnya ialah Projek Splash menerusi Suzuki Splash Concept (foto atas) yang ditayangkan pada Pameran Motor Paris pada September 2006. Malah Kamio mendapat respon positif daripada kalangan pengunjung dan pemerhati automotif Eropah, sekali gus memberikan keyakinan kepada Suzuki dalam menentukan gaya Splash.

Splash akhirnya diperkenalkan di Britain pada Februari 2008 dan hasilnya ialah MPV yang benar-benar kompak, iaitu 3,730mm dengan rekabentuk menawan. Keseluruhan, model ini nampak tidak terlalu bersegi dan tampil elegan dengan membawakan tema MPV mini.

Walaupun bersaiz kompak, posisi kerusi tinggi membantu MPV mini ini memuatkan lima penumpang dewasa, dan juga praktikal untuk akses keluar-masuk yang mudah, dengan kerusi belakang boleh lipat 60:40 untuk ekstra ruang kargo 573 liter.

Menggerakkan Splash ialah dua varian enjin: petrol 1.2L (84hp), dan 1.3L turbo diesel (73hp) yang dilesenkan daripada Fiat dan dipasangkan di kilang Suzuki di India. Enjin tersebut dipadankan transmisi manual 5-kelajuan dan tambahan automatik 4-kelajuan untuk varian petrol.

BACA >>> #RetroAuto: MPV Mini Rupa Pelik, Daihatsu Materia (2007) Ini Pernah Popular di UK

Dari segi keselamatan, semua varian Splash dilengkapi 6-beg udara dan program stabiliti elektronik (ESP) sebagai ciri standard.

Dua model, Splash dan Vauxhall/Opel Agila dipasang di kilang Magyar Suzuki Corporation di Esztergom, Hungary bersama Swift, SX4 dan Ignis. Splash turut dijual di negara luar seperti Jepun, Indonesia, New Zealand dan dijenamakan semula sebagai Maruti Suzuki Ritz dan dikilangkan di India, serta turut dipasangkan di China.

Splash atau produ yang dijenamakan semula daripada produk itu bertahan cukup lama. Misalnya di India, model ini hanya ditamatkan penegluaran pada 2017, bertahan selama lapan tahun sejak 2009.

Ini kerana Suzuki pada masa sama sudah mempunyai model pengganti yang memiliki konsep hampir serupa, iaitu Ignis generasi kedua. Model ini dilancarkan di Jepun pada Januari 2016 dan turut memasuki pasaran luar seperti Eropah, India dan Indonesia.

BACA >>> Suzuki Hustler Tough Wild Edition – SUV Keicar untuk Pasaran Jepun Sahaja

GALERI
Akira Kamio city car Keicar Kereta Bandar MPV mini Roda4 supermini Suzuki Suzuki Ignis Suzuki Japan Suzuki Splash Suzuki Splash Concept
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.