Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman25/12/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMASAN krom dan cat ialah antara apa yang selalu kita perasan tentang kereta. Krom digunakan untuk menyerlahkan rupa sesebuah kereta yang mampu membuatkan bampar, rim, trim dan banyak bahagian lain nampak baharu dan tampil mewah atau premium. Boleh dikatakan, semakin mewah sesebuah kereta, semakin banyak kemasan krom yang digunakan.

Tetapi pada era awal automotif dulu, kereta tidaklah tampil menarik dan cantik seperti sekarang. Salah satu sebabnya, tiada teknologi seperti yang dimiliki hari ini. Sekarang mari kita imbau semula bagaimanakah kemasan krom dan cat kereta bermula.

BACA >>> Ferrari Perkenal Teknologi Cat Suhu Rendah yang Lebih Jimat Tenaga

AWAL 1900-AN

DR GEORGE SERGEANT

Era ini kenderaan berasaskan bahan api fosil baru saja dicipta dan teknologi mengecat juga belum ada. Jadi, satu-satunya cara mengecat badan kereta ialah menggunakan berus dan cat yang dibeli sendiri. Bagaimanapun, cat yang digunakan mudah pudar dan kusam, serta perlu dicat semula setiap tahun.

Pada 1900, pengeluar menggunakan varnis sama yang dicatkan pada pedati/kereta kuda. Tetapi proses mengecat mengambil masa kira-kira 40 hari (sebulan lebih) bagi sebuah kereta. Selepas cat kering, ia akan disental menggunakan kertas pasir sebelum digilap. Ya, bayangkan berapa lama kerja tangan diperlukan untuk menyiap hanya sebuah kereta.

Kemudian, awal 1900, Dr George Sargent melakukan satu kajian tentang krom elektroplat (electroplating chrome) yang memerlukan nisbah satu asid sulfurik kepada 100 kromium. Kerja kajian itu dibentangkan pada 1920.

1920-AN: PISTOL CAT DAN PLAT KROM DICIPTA

Ford Motor Company mula menggunakan cat daripada lakuer nitroselulosa (nitrocellulose lacquer) di kilang pembuatan pada 1920-an. Berbanding varnis lama, cat jenis ini mampu memendek tempoh mengering.

BACA >>> Kawasaki Ninja H2 (2019) Facelift dengan Kuasa 228bhp dan Cat Boleh Hilang Calar

Pada 1924, pistol sembur cat (spray gun) diperkenalkan kepada dunia automobil, dan turut digunakan di kilang pembuatan. Tahun itu dianggap sebagai paling penting dalam kemajuan teknik pengecatan dan plat krom kereta kerana pada masa sama, Colin Fink dan Charles Eldrige dari Universiti Columbia menemui proses krom elektroplat. Penemuan itu pula berasaskan kertas kajian diterbitkan Dr Sargent, tiga tahun lebih awal.

1930: SEMBURAN KROM


Pengeluar mula menggunakan cat enamel bahang (stoving enamel) pada 1930-an, berasaskan cat cecair yang dirawat dalam oven bakar (oven baking). Cat jenis ini mampu kering lebih pantas, dan memberikan hasil kemasan berkilat.

Pada masa itu, kaca atau cermin juga masih sangat mahal dan memerlukan tenaga pakar untuk dihasilkan secara manual. Namun, ciptaan baharu Dr William Peacock yang menghasilkan semburan cat perak seakan cermin mengubah situasi tersebut. Impaknya, harga cermin semakin murah, dan mula dihasilkan lebih banyak.

1950-AN HINGGA 1960-AN: AKRILIK

General Motors (GM) mula mengecat kereta dengan akrilik (acrylic) baharu pada 1955.  Jenis cat ini memerlukan kereta ‘dibakar’ atau ‘baked’ selepas diwarnakan akrilik. Proses ini memberikan kemasan yang konsisten, tetapi tidak berkilat seperti proses enamel bahang.

Ford Motor Company mula menggunakan enamel bahang akrilik pada 1960 yang menjadikan material cat itu lebih efek kilat.

1980-AN: URETANA DAN POLIURETANA

Pengeluar kereta mula menggunakan uretana (urethane) dan poliuretana (polyurethane) untuk kenderaan pada lewat 1980-an. Selepas mengenakan dua jenis cat itu, cat jernih atau clear coat akan disembur untuk memberikan kemasan yang berkilat dan tahan lasak.

HARI INI


Hari ini, ada banyak proses mengecat yang boleh dipilih pengeluar automotif. Ada proses dipanggil elektroplat yang mana kenderaan direndam atau disadur cat primer sebelum arus elektrik digunakan untuk menyebatikan cat dengan logam.

Kemasan krom pula bukan saja memberikan penampilan mewah dan cantik, tetapi membolehkan sesebuah kenderaan nampak baharu selama beberapa tahun. Kereta krom lebih mudah dicuci dan tidak mudah dicemari habuk. Bagaimanapun, jarang sekali kita dapat melihat kereta yang dikromkan sepenuhnya kerana kos pembuatan masih mahal dan rumit.

BACA >>> Bagaimanakah Cat Boleh Hilangkan Calar Seperti Kawasaki Ninja H2 (2019)?

Tetapi hari ini, kehadiran cat krom jenis semburan membolehkan ramai pemandu mendapatkan kemasan sama seperti saduran krom dan paling penting, lebih murah.

SUMBER: DidYouKnowCars

autotainment Retro Auto sejarah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.