Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sebelum ‘The Doctor’, Rossi Pernah Dipanggil ‘Rossifumi’, ‘Valentinik’
Autotainment

#RetroAuto: Sebelum ‘The Doctor’, Rossi Pernah Dipanggil ‘Rossifumi’, ‘Valentinik’

AryonBy Aryon12/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBENARNYA selain The Doctor, Valentino Rossi juga pernah dipanggil Rossifumi dan Valentinik, tetapi The Doctor ialah nama julukan paling popular dan dikenali ramai peminat seluruh dunia serta masih digunakan hingga sekarang.

Kami pernah menyiarkan artikel mengenai asal gelaran The Doctor yang mana ramai doktor di Itali memiliki nama keluarga (surname) ‘Rossi’. Ia juga nama panggilan dihormati di sana dan sebab itulah juara dunia sembilan kali tersebut gemar menamakan dirinya sebagai The Doctor.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Valentino Rossi Dipanggil ‘The Doctor’?

Sebenarnya, asal usul The Doctor sentiasa jadi misteri kerana Rossi sendiri tidak pernah berterus-terang tentang rahsia di sebalik nama julukan tersebut. Justeru muncul pelbagai versi mengenai nama berkenaan seperti berikut:

  • Ada pihak mendakwa Rossi berhasrat mahu jadi doktor.
  • Ada berpendapat Rossi mahu berfikir dan bekerja seperti doktor. Pengurus Pemasaran VR46 Racing, Gianluca Falcioni pernah berkata, Rossi tidak ubah seperti doktor ketika mempersiapkan jenteranya.

Dia lakukan banyak aspek, seperti sedang merawat macam doktor.”

  • Bagaimanapun menurut Falcioni memang ada pendapat lain mengenai asal The Doctor yang mengatakan Rossi sebenarnya mahu jadi doktor di universiti, tetapi tiada siapa dapat mengesahkan dakwaan berkenaan.
  • Pengarah Urusan Dainese, Fabio Muner juga tidak tahu asal-usul The Doctor, tetapi mengakui Rossi memang suka dipanggil sebagai The Doctor.
Rossi dan Honda NSR500 memenangi 11 perlumbaan GP500 pada 2001.
  • Namun, jika mengikut perkembangan karier Rossi, nama julukan tersebut muncul apabila beliau memasuki kelas 500cc daripada 250cc pada 2000. Dalam satu temu bual media, pelumba Itali itu pernah berkata;

Kami tukar kepada The Doctor pada 2001 sebab dalam kelas 500cc kita tak perlukan superhero, kita perlu jadi diam, tenang dan berfikir lebih kepada doktor. Lagi, sebab kat Itali sangat ramai doktor dipanggil Dr Rossi. Jadi aku jadi Dr Rossi.”

  • Ini kerana dalam kelas 125cc dan 250cc, perangai Rossi agak sedikit liar dan gila-gila. Namun selepas melangkah masuk ke kelas premier, mungkin beliau berfikir sudah tiba masa dia berfikir seperti The Doctor.
  • Bapanya pula, Graziano Rossi ada pendapat rsendiri mengenai nama julukan The Doctor yang digunakan Rossi.

“Di Itali, nama The Doctor berikan kehormatan, itu sangat penting.”

DARI MULUT ROSSI

Namun, jika mengambil fakta yang keluar dari mulut Rossi sendiri adalah berdasarkan temu bual media Motorsport di Sepang pada 18 Oktober 2001, iaitu empat hari selepas beliau merangkul kejuaraan dunia GP 500cc di Philip Island.

Tahun itu juga adalah kejuaraan terakhir kelas premier dengan jentera 2-lejang 500cc sebelum dinaik taraf kepada MotoGP dengan jentera 4-lejang 990cc pada 2002. Berikut petikan temu bual tersebut:

MotorSport:

Beritahu kami pasal alter-ego: Rossifumi, Valentinik dan the Doctor…”

Rossi:

Sebelum aku mula berlumba dalam kejuaraan dunia, aku minat sangat dengan perlumbaan GP, itu memang keghairahan aku. Aku tengok semua perlumbaan kat TV, kenal semua nombor rider, semua design helmet, semua litar.  Rossifumi adalah untuk Norifumi Abe sebab aku betul-betul suka kat dia dan semua rider Jepun.

“Kami tukar kepada Valentinik pada 1999 sebab kami perlukan superhero untuk bangkit dari situasi teruk pada 98. Pada penghujung 98, aku tukar sikit stail ride, menang empat pusingan akhir dan jadi sangat kuat dalam (GP) 250. Selepas itu, aku siap sedia untuk menang pula kejuaraan 99, kami pilih superhero ni berdasarkan hero komik Itali, dipanggil Paperinik.

“Paperino ialah Donald Duck di Itali dan Walt Disney ada superhero itik dipanggil Paperinik yang pakai topeng dan topi, tapi dia tak macam Superman, dia selalu tak bernasib baik, dia buat beberapa kesilapan, tapi akhir setiap cerita dia selalu jadi superhero. Paperino jadi superhero dan jadi paperinik, so Valentino jadi superhero dan jadi Valentinik!

“Selepas itu, kami tukar kepada The Doctor pada 2001 sebab dengan (GP) 500 kau dah tak perlukan superhero, kau perlu jadi diam, tenang dan berfikir, lebih kepada doktor. Lagi, sebab kat Itali sangat ramai doktor dipanggil Dr Rossi. Jadi aku jadi Dr Rossi. So, apa lagi lepas tu? Tahun depan (2002) kami kekal dengan lagi dengan The Doctor dan selepas tu aku tak tau, kami tak ada idea lagi.”

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Teknik Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?
BACA >>> #RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP

SUMBER: MotorsportMagazine.com

autotainment Retro Auto Rossifumi The Doctor Valentinik Valentino Rossi VR46
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.