Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Kenny Roberts – Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut
Autotainment

#RetroAuto: Kenny Roberts – Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut

AryonBy Aryon19/01/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMA ‘King’ Kenny Roberts sepatutnya tidak dilupakan jika anda mengaku peminat sukan lumpa MotoGP. Sebelum awal milenium dahulu, MotoGP dikenali sebagai Kejuaraan Dunia Grand Prix (GP) dan terbahagi kepada tiga kelas utama, 125cc yang kini dipanggil Moto3, 250cc (Moto2) dan paling premium, 500cc (MotoGP). Malah sebelum 1982, kelas 350cc turut dipertandingkan.

Roberts ialah juara kelas 500cc atau GP500 sebanyak tiga kali berturut-turut – 1978, 1979, 1980 – dan beliau adalah antara pelumba generasi awal yang mencetuskan dominasi jentera Jepun dalam kelas premium perlumbaan motosikal GP.

Tetapi bukankah Roberts cuma pemenang tiga kali kejuaraan GP500 seperti Jorge Lorenzo (2010, 2012, 2015) ataupun juara berturut-turut Waine Rainey (1990, 1991, 1992)? Tetapi, kenapa beliau dianggap antara pelumba istimewa dan disegani ramai?

BACA >>> Siapakah Layak Digelar Pelumba 'Game Changer' MotoGP?

PELUMBA DUA KELAS

Antara sebabnya, Roberts adalah antara pelumba yang bersaing dalam dua kelas perlumbaan berbeza (250cc dan 500cc) pada tahun sama, dan aksi itu dilakukan pada 1978. Lebih istimewa, tahun tersebut turut menyaksikan beliau merangkul kejuaraan pertama GP500 yang baru disertainya itu. Malah,  beliau sendiri tidak pernah mencatatkan nama sebagai pemenang GP250 sepanjang berlumba dalam kelas itu sejak 1974.

Sebagai perbandingan, juara terkini MotoGP, Marc Marquez pernah bergelar juara GP125 dan Moto2. Begitu juga pelumba legenda, Valentino Rossi yang pernah menjadi juara GP125 dan GP250. Rossi memenangi kejuaraan GP500 pertama pada 2001, setahun selepas debut 2000.

Marquez pernah menjadi juara ketika debut pertama MotoGP pada 2013. Tapi ingat, pelumba Sepanyol itu ialah juara Moto2 tahun sebelumnya (2012), sebaliknya Roberts tiada rekod juara GP250.

Roberts juga adalah pelumba Amerika Syarikat pertama memenangi saingan GP500, atau fakta lebih tepat, pelumba AS pertama menjadi juara kejohanan GP. Maksudnya, sebelum Roberts, memang tiada lagi pelumba dari negara Uncle Sam itu yang pernah dinobatkan juara dalam semua kelas motosikal GP, sekali gus menamatkan dominasi pelumba Eropah.

BACA >>> Kontrak Bakal Tamat Setahun lagi, Rossi Mula Risaukan Masa Hadapan

PERINTIS SKIL SERET LUTUT

Sebab paling utama kenapa Roberts dianggap legenda, beliau ialah pelumba era moden pertama yang mencipta skil tunggangan baharu, iaitu menyeretkan lutut (drag knee) ketika mengambil selekoh. Gaya tunggangan era 1970-an agak linear dan old-school disebabkan kuasa enjin yang terlampau kuat untuk ditampung casis dan tayar.

Bagaimanapun, di tangan Roberts yang bakatnya diasah daripada sukan motocross, masalah kelemahan casis dan getah tayar itu diatasinya menggunakan lutut yang direbahkan hingga mencecah permukaan trek sebagai penanda untuk mengetahui sejauh mana had tunggangan yang mampu beliau asak.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang MotoGP yang Perlu Anda Tahu

Pad kulit di lutut yang diasah setiap kali membelok juga berfungsi sebagai traksi untuk mengawal lebihan kuasa ketika mengambil selekoh. Cara Roberts itu dianggap evolusi baharu dalam dunia perlumbaan kerana rata-rata pelumba era itu menganggap seretan ketika membelok sebagai ancaman kerana mampu mengurangkan kelajuan jentera. Sebaliknya, kelibat pelumba kacak dari AS itu sangat liar di selekoh dengan menyeretkan lutut dan membaringkan jentera semiring mungkin hingga hampir jatuh (tetapi tidak) sebelum akhirnya memenangi perlumbaan.

Skil baharu Roberts itu langsung mengejutkan dunia perlumbaan. Tambahan lagi dengan kejayaan menyingkirkan penguasaan dinosaur 70-an yang menguasai trek pada masa itu. Malah skil tersebut mula menjadi ikutan dan diimprovisasi ramai pelumba selepas beliau.

PILIH JENTERA KEMENANGAN UNTUK DISIMPAN

Roberts bersara selepas berakhir musim 1983 dan ditawarkan Yamaha untuk memiliki mana-mana jentera ikonik jenama itu sebagai simpanan peribadi. Menariknya, beliau tidak memilih model terpantas, 1983, tetapi memutuskan menyimpan jentera 1980 yang ditunggangnya ketika meraih kejuaraan berturut-turut, iaitu YZR-500 0W48R.

0W48R pertama kali diperkenalkan pada pusingan keempat musim 1980 di GP Belanda dengan spesifikasi ekzos arah-belakang (rear-direction) untuk  silinder luar kiri dan kanan (1 dan 4) bagi enjin 4-silinder sebaris. Kuasa dicapai adalah 7hp lebih tinggi berbanding 0W48.

Tanda nama ‘R’ pula bermasuk ‘Reverse’. Casis asal model itu menggunakan frem keluli 0W45. Bagaimanapun, jentera itu yang kini dimiliki Roberts, ialah versi talaan semula dengan frem aluminium bagi menggantikan frem keluli (prototaip model 1981 – 0W53). Jentera pilihan Roberts ini pernah berlumba pada pusingan akhir di Nurburgring dan menamatkan saingan di kedudukan keempat.

GALERI
autotainment Kejuaraan Motosikal GP Kenny Roberts King Kenny Roberts lumba motosikal MotoGP Retro Auto roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Roda2

    Scrambler KTNS TT-Classic 150 Kini di Malaysia, Harga RM6,888

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.