Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Inilah Sebab Ada ‘Ninja’ dalam Kawasaki
Autotainment

#RetroAuto: Inilah Sebab Ada ‘Ninja’ dalam Kawasaki

AryonBy Aryon12/04/20194 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENAPA mesti Ninja dan tidak Samurai atau Bushinsaba? Siapakah pula Mike Vaughan? Dari manakah asal nama Ninja muncul dalam Kawasaki?

Selepas kita mengetahu cerita panjang lebar tentang asal-usul pemilihan warna ikonik ‘Hijau Kawasaki‘, pasti anda pernah juga tertanya, siapakah mamat dalam artikel itu yang bercerita panjang lebar tentang sejarah retro ‘Lime Green’ Kawasaki itu. Apakah kaitan dia dan nama Ninja?

BACA >>> #RetroAuto: Asal Usul Hijau yang Kini Jadi Warna ‘Trademark’ Kawasaki

Mike Vaughan tidak lain dan tidak bukan ialah bekas Pengarah Pemasaran Kawasaki USA selama 11 tahun. Beliau juga individu yang bertanggungjawab mencadangkan supaya ‘Hijau Kawasaki’ dijadikan skema warna utama KZ1000R pada 1982, selepas Eddie Lawson memenangi kejuaran AMA Superbike pada tahun sebelumnya -1981- menerusi jentera superbike hijau, Kawasaki Z1000J.

Mike Vaughan (gambar) pernah menimbangkan nama ‘Panther’ sebelum idea itu dicantas!

Tidak lama kemudian Vaughan mencipta sejarah lagi. Dalam proses perancangan produk baru Kawasaki, beliau mula menimbangkan beberapa nama pilihan yang bakal digunakan jentera jalanan terbaharu Kawasaki.

Vaughan sebelum ini pernah tinggal di Asia. Di sana, beliau sudah terbiasa dan sering kagum dengan kisah dan mitos tentang pahlawan dari Jepun, Ninja yang terkenal dengan kekuatan dan pertempuran secara menyelinap. Malah, beliau turut menamakan kapal layarnya, Columbia 22 sebagai Ninja.

TAKSUB NINJA

Tanpa perlu menunggu lama, beliau terus saja mencadangkan nama Ninja untuk produk terbaharu Kawasaki. Sejak itu, lahirlah Kawasaki GPZ900R atau nama popularnya, Ninja 900R sebagai penyambung legasi era superbike 4-lejang, Z1 yang dilancarkan kira-kira sedekad sebelumnya. Ninja 900R juga ialah model Kawasaki pertama yang menggunakan gelaran Ninja, pada 1984.

Ninja 900R adalah perintis kepada rekabentuk dan teknologi sportbike hari ini.

Kombinasi rekabentuk aerodinamik yang sofistikated, casis diilhamkan daripada jentera perlumbaan, dan bernadikan enjin 4-silinder, 16 injap dengan penyejukan cecair yang pertama kali diperkenalkan ketika itu, Ninja 900R jauh mendahului pesaing lain selama berdekad lama sebelum teknologi sebegitu digunakan secara meluas. Malah, Ninja 900R ialah superbike pengeluaran pertama yang mampu mencapai kelajuan melebihi 240kmj!

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Kawasaki yang Perlu Anda Tahu – Asal Kilang Kapal, Kini Bikin Motosikal

Dek tarikan yang sangat baik diberikan Ninja 900R, tidak hairanlah Kawasaki memutuskan menggunakan gelaran ajaib – Ninja – untuk barisan motosikal seterusnya. Kini selepas 30 tahun, Ninja dan ‘Hijau Kawasaki’ sudah digunakan kira-kira 30 model Kawasaki, daripada sehebat jentera lumba supercas, H2R hingga sekecil sportbike jalanan, Ninja 80RR.

Jika warna ‘lime green’ wajib ada pada setiap model dihasilkan Kawasaki, gelaran Ninja pula dikhaskan untuk sportbike Kawasaki dengan rupa fairing penuh, sama ada versi prestasi tinggi atau tidak.


Apakah model Kawasaki Ninja yang anda tunggang sekarang, atau yang pernah anda miliki suatu masa dulu? Apakah warna hijau juga? Kongsikan di ruangan komen.

SUMBER: History of the Kawasaki Ninja

autotainment Kawasaki kawasaki ninja mike vaughan ninja Retro Auto roda2 sejarah sejarah kawasaki ninja
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Der neue elektrische Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+. Exterieur Farbe: Aqua-Mint Uni Interior Polster: ARTICO/Microcut schwarz Energieverbrauch kombiniert: 19,6‒17,4 kWh/100 km | CO₂-Emissionen kombiniert: 0 g/km | CO₂-Klasse: A Die Angaben sind vorläufig. Es liegen bislang weder bestätigte Werte von einer amtlich anerkannten Prüforganisation noch eine EG-Typgenehmigung noch eine Konformitätsbescheinigung mit amtlichen Werten vor. Abweichungen zwischen den Angaben und den amtlichen Werten sind möglich. The new Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ electric. Exterior color: Aqua-mint non-metallic Interior: ARTICO Microcut Black Energy consumption combined: 19.6–17.4 kWh/100 km | Combined CO₂ emissions: 0 g/km | CO₂ class: A The figures are provisional. To date, there are no confirmed figures from an officially recognised testing organisation, nor is there an EC type-approval or a certificate of conformity containing official figures. There may be discrepancies between the figures provided and the official figures.
    Auto Terkini

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV 680hp, 1,759Nm, 0-100km/j 2.7s, Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.