Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: ‘Belalang Tempur’ – Legenda Motosikal Adiwira Sepanjang Zaman
Autotainment

#RetroAuto: ‘Belalang Tempur’ – Legenda Motosikal Adiwira Sepanjang Zaman

AryonBy Aryon18/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda membesar sekitar era 90-an, kelibat Belalang Tempur tentu tidak asing lagi dalam kotak fikiran. Itulah motosikal kesayangan Suria Perkasa Hitam dalam drama TV bersiri adiwira dari Jepun, berjudul Kesatria Baja Hitam yang pernah mewarnai kehidupan kanak-kanak Malaysia suatu masa lalu.

Di negara asalnya, Suria Perkasa Hitam dikenali sebagai Kamen Rider, atau Masked Rider Black (turut digunakan sebagai judul drama TV di Barat), manakala Belalang Tempur ialah terjemahan daripada perkataan Batoru Hoppā dalam bahasa Jepun, atau Battle Hopper (bahasa Inggeris).

BACA >>> #RetroAuto: Peugeot 404 Pernah Jadi Teksi KL, Siri Kartun ‘Din Teksi’ Imbau Nostalgia

Tiga bajingan utama, Gorgom
Detik pertama Kotaro Minami berjumpa Belalang Tempur

Belalang Tempur ialah ‘motosikal bernyawa’ ciptaan tiga penjahat utama dalam siri tersebut, Gorgom yang asalnya dibina khas untuk kehadiran raja kejahatan baharu, Suria Perkasa Hitam (Black Sun) dan abang angkatnya, Bayangan Bulan (Shadow Moon).

Namun, Kotaro Minami (alter ego kepada Suria Perkasa Hitam) terselamat daripada diindoktrinasi Gorgom sebagai raja kejahatan. Saat berlari menyelamatkan diri itulah dia bertemu Belalang Tempur yang membantu dia pergi jauh daripada buruan Gorgom.

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 3]: Kartun Jadi Medium Protes, Volkswagen 'Dibahan' Teruk

KEISTIMEWAAN BELALANG TEMPUR

Belalang Tempur memiliki keupayaan baik pulih kerosakan sendiri, dan akan pergi kepada Suria Perkasa Hitam apabila namanya diseru. Jurus istimewa Belalang Tempur adalah teknik rempuhan musuh (dipanggil ‘Dynamic Smash’) dalam kelajuan tinggi.

Pada penghujung siri, kuasa Batu Raja (King Stones) membolehkan Bayangan Bulan memukau Belalang Tempur sebagai senjata melawan Suria Perkasa Hitam sebelum dia dapat melenyapkan kesan pukau tersebut. Sebagai tanda menyesal dan membalas jasa tuannya, Belalang Tempur nekad membunuh diri dengan merempuh Bayangan Bulan sebelum dirinya rosak teruk dan hampir maut (sedih betul masa ni). 

Siri pertama Kesatria Baja Hitam tamat tanpa menunjukkan apa yang berlaku terhadap nasib Belalang Tempur. Namun, teka-teki itu tidak lama kerana motosikal bernyawa kesukaan ramai itu muncul semula dan bergabung dengan Suria Perkasa Hitam RX dalam siri sambungan Black RX.

BACA >>> Iron Man Muncul Pandu Hyundai Kona Edisi Khas di Ibu Kota London

MODEL SEBENAR BELALANG TEMPUR?

Dalam dunia fantasi, spesifikasi dimiliki Belalang Tempur memang tidak masuk dek akal. Prestasi motosikal berwajah belalang itu adalah sekuat sebuah supercar dengan kuasa kuda melebihi 400hp dan kelajuan maksimum sepantas pesawat pejuang! Wow, sudah nama pun kenderaan utama adiwira!

Berikut spesifikasi BELALANG TEMPUR:


PANJANG: 222 cm
TiINGGI: 124 cm
BERAT: 118.2 kg
KELAJUAN: 500kmj
KUASA: 415hp

Realitinya, spesifikasi di atas sekadar dalam drama TV sahaja, dan tidak pernah wujud serta dijual di mana-mana kedai motosikal seluruh dunia, termasuk di Jepun sekalipun. Namun faktanya, motosikal prop itu dibina berasaskan model dirtbike, Suzuki RA125 (1984). Sekarang mari kita lihat spesifikasi Belalang Tempur ‘sebenar’ di dunia nyata:

SUZUKI RA125 (1984)


ENJIN: 2-lejang penyejukan cecair, silinder tunggal, injap reed
SESARAN: 124cc
KUASA MAKSIMUM: 21hp @ 8,000rpm
TORK MAKSIMUM: 19.6Nm @ 7,500rpm
Berat: 96kg
TAYAR: 80/80-21 (depan); 110/80-18 (belakang)
HARGA: ¥266,000 (RM10,324)

Kehadiran Belalang Tempur pastinya menjadi kenangan zaman kanak-kanak 1990-an yang sukar dilupakan, dan selayaknya digelar legenda motosikal adiwira sepanjang zaman di Malaysia! Tabik!

GALERI
Detik pertama Kotaro Minami berjumpa Belalang Tempur
Tiga bajingan utama, Gorgom

SUMBER: KamenRiderWikia | Kamen Rider Black

Auto Retro autotainment Belalang Tempur Kesatria Baja Hitam Masked Rider Black motosikal retro roda2 Suria Perkasa Hitam Suzuki RA125
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.