Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Aventador – Model V12 yang Paling ‘Kick’ dalam Sejarah Lamborghini!
Autotainment

#RetroAuto: Aventador – Model V12 yang Paling ‘Kick’ dalam Sejarah Lamborghini!

Abang HirataBy Abang Hirata12/08/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI orang biasa, yang sudah tentu memandu kereta biasa, usia enam atau tujuh tahun sesebuah model di pasaran sudah rasa cukup lama.

Dalam tempoh itu, pengeluar biasanya akan mengemas kini produk masing-masing dengan memperkenalkan model segar semula (refreshment), atau dipertingkat (facelift) supaya kekal relevan.

Ada model menerima pembaharuan ringkas seperti kemasan luaran dan dalaman. Tidak kurang pula pengeluar yang melabur sejumlah wang untuk melakukan perubahan major pada papan pemuka, enjin atau transmisi.

Sebagai produk massa, pengeluar perlu bergerak pantas kerana berdepan saingan sengit. Tetapi, bagaimana pula pengeluar niche dengan jualan lebih rendah? Ini kerana kerap menukar model baharu bagaikan tidak masuk akal kerana jualan diraih tidak memadai untuk kos pembuatan yang dilaburkan. Jadi mereka perlu lebih kreatif.

BACA >>> Ferrari Mula Teroka Bisnes Jual Pakaian, Bakal Buka Restoran

LAMA, TETAPI KEKAL RELEVAN

Lamborghini Aventador LP700 4 (2011)

Tahukah anda? Lamborghini Aventador diperkenalkan pada 2011 dan masih nampak relevan dan mengujakan walaupun sudah berusia. Lebih menarik, enjin V12 digunakan supercar itu adalah generasi kedua sepanjang penubuhan Lamborghini sejak 1963.

Enjin V12 generasi baharu itu diperkenalkan melalui Aventador dan digunakan pada banyak varian seperti SuperVeloce, SVJ dan lain-lain dengan peningkatan kuasa mengikut keperluan. Turut baharu sejak 10 dekad lalu ialah casis monokok gentian karbon yang belum pernah digunakan Lamborghini.

Pengenalan itu menjadi asas kepada Lamborghini untuk menjadi peneraju dalam pengeluaran dan pembangunan bahan komposit, sekali gus menjadi pengeluar pertama menghasilkan bahagian penting gentian karbon secara dalaman (in-house) dalam kuantiti besar.

Malah, Lamborghini memang aktif mengeluarkan banyak varian (edisi), tetapi paling penting adalah  inovasi dan perubahan baharu ditampilkan.

BACA >>> Kereta Elektrik Pertama Bentley Akan Keluar 2025

FAKTA MENARIK TENTANG ENJIN V12 AVENTADOR?

1. Model V12 Paling Laris dalam Sejarah Lamborghini

Aventador mencatat sejarah sebagai model dengan enjin V12 paling laris dan banyak terjual jika mengambil kira semua model V12 terdahulu.

Pada September 2020, Lamborghini mencatatkan rekod 10,000 unit jualan Aventador berbanding 7,000 unit keseluruhan model terdahulu. Malah, mengatasi keseluruhan jualan Murciélago yang diperkenalkan sebelum itu pada tahun kelima pengeluaran Aventador.

2. Bintang Filem Hollywood!

Lamborghini begitu digemari untuk filem Batman. Pada 2012, Aventador LP 700-4 dipandu Bruce Wayne (Christian Bale) dalam filem Dark Knight Rises dengan nombor pendaftaran Gotham – 649 8227.

Tidak hanya Aventador, dalam Dark Knight (2008), Murciélago LP640 digunakan dan sebelum itu, Murciélago Roadster membintangi Batman Begins (2005).

3. Lamborghini Pertama Guna Mod Pemanduan Boleh Kustom

Zaman supercar bergantung kepada ciri mekanikal sudah berlalu. Ciri itu penting kerana supercar masa kini semakin tangkas dan memerlukan sistem yang tepat dan pantas. Ia bukan semata-mata tentang keseronokan, tetapi juga keselamatan.

Aventador ialah model Lamborghini pertama menggunakan sistem suspensi adaptif MagneRide dan teknologi roda stereng belakang (rear-steering wheels) yang membantu aspek pengendalian. Penggunaan sistem elektronik tidak bermakna pemandu hilang kawalan ke atas Lamborghini mereka.

Kereta mereka kini boleh dikawal dan ditetapkan menggunakan sistem elektronik mod pemanduan, iaitu STRADA, SPORT, CORSA dan EGO.

Semua mod pemanduan ada tetapan karakter tersendiri. Pilihan mod EGO membolehkan pemandu membuat tiga tetapan bebas, membabitkan trenkuasa (enjin, pacuan 4WD), stereng (Stereng Dinamik Lamborghini), roda stereng belakang (Servotronic) dan Suspensi (suspensi magneto-rheological).

4. Lamborghini Aventador Ultimae

Sepuluh dekad dan masih nampak baharu. Rahsianya, sentiasa mengeluarkan varian dan edisi yang menarik pengguna. Terbaharu, Lamborghini memperkenalkan Aventador LP 780-4 Ultimae.

Ini ialah model dengan enjin V12 terakhir, sebelum model hibrid massa diperkenalkan. Ya, Lamborghini akan mengeluarkan model hibrid secara besar-besaran!

Ultimae memiliki aura tersendiri dan bukan bersalin kulit sahaja. Perincian Ultimae juga hebat dengan grafik luaran buatan tangan yang mengambil masa lebih 40 jam disiapkan. Bahan Alcantara pada ruang kabin dihasilkan menggunakan potongan laser khas yang menonjolkan corak Y (identiti Lamborghini).

Lamborghini turut memperbaharui aspek aerodinamik dan Ultimae mempunyai bampar depan berbeza daripada Aventador lain.

Dari segi trenkuasa, enjin 6.5L V12 menawarkan output kuasa 769hp @ 8,500rpm, lebih berkuasa daripada SVJ (759hp), manakala angka tork kedua-dua model sama, 720Nm. Pecutan dari 0-100kmj sepantas 2.8 saat, dan 0-200kmj dapat dibuat sepantas 8.7 saat. Kelajuan maksimum 355kmj!

Memandangkan ini Aventador V12 aspirasi natural (NA) terakhir, jumlah ditawarkan tidak banyak. Hanya 350 unit dihasilkan untuk pasaran global. Siapa cepat, dia dapat!

BACA >>> Lamborghini, LEGO Hasilkan Replika Sian FKP 37 Saiz Sebenar, 360 Hari Baru Siap
BACA >>> Lamborghini Sián – Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach
BACA >>> Lamborghini Urus ST-X Concept – Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!

Lamborghini Lamborghini Aventador Lamborghini Ultimae V12
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.