Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RENCANA KHAS: Integriti Puspakom
Auto Terkini

RENCANA KHAS: Integriti Puspakom

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/12/20141 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandulajudotcom_mobile3PUSPAKOM Sdn Bhd (Puspakom) ditubuhkan pada 1 September 1994 sebagai agensi pemeriksa mandatori terhadap kenderaan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan.

Sebagai anak syarikat milik penuh kumpulan DRB-HICOM Bhd, Puspakom diberi tugas menjalankan pemeriksaan terhadap semua jenis kenderaan, termasuk kenderaan awam atau perdagangan mahupun persendirian bagi memastikan ia benar-benar selamat digunakan atas jalan raya.

Sehingga kini, Puspakom memiliki 55 Pusat Pemeriksaan di seluruh negara. Selain pusat pemeriksaan, Puspakom juga menawarkan perkhidmatan bergerak di 30 lokasi berbeza, termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Sebagai pengguna atau pemilik kenderaan, apakah anda benar-benar tahu fungsi Puspakom dan jenis perkhidmatan ditawarkan?

Di bawah kami senaraikan beberapa maklumat asas yang dipetik daripada laman web Puspakom mengenai peranan dan fungsi agensi berkenaan.

JENIS-JENIS PEMERIKSAAN PUSPAKOM

Terdapat tujuh jenis pemeriksaan ditawarkan Puspakom iaitu:

  1. Pemeriksaan Awalan
  2. Pemeriksaan Berkala
  3. Pemeriksaan Khas
  4. Pemeriksaan Tukar Milik
  5. Pemeriksaan Kenderaan Import Untuk Kastam (IVIC)
  6. Pemeriksaan Sewa Beli (HPI)
  7. Pemeriksaan Sukarela

pandulajudotcom_9014Berikut ialah butiran mengenai jenis pemeriksaan dilakukan:

1. PEMERIKSAAN AWALAN

Sebelum kenderaan perdagangan baharu didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), atau sebelum pemilikan kenderaan dipindahkan kepada orang lain, Puspakom perlu memastikan ia mematuhi piawaian undang-undang yang dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, Peraturan Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

2. PEMERIKSAAN BERKALA

Pemeriksaan ini mewajibkan setiap kenderaan perdagangan perlu menjalani Pemeriksaan berkala di PUSPAKOM setiap 6 bulan, untuk memperakui pematuhan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987. Semasa pemeriksaan, Puspakom akan memastikan ia benar-benar selamat digunakan sebelum dibenarkan bergerak atas  jalan raya.

3. PEMERIKSAAN KHAS

Jika sesebuah kenderaan perdagangan atau persendirian mengalami perubahan aspek spesifikasi enjin, casis atau badan, atau naik taraf berat muatan, ia perlu menjalani pemeriksaan khas di Puspakom. Ini ialah keperluan undang-undang untuk mengesahkan keadaan fizikal dan identiti kenderaan selepas pengubahsuaian dibuat.

4. PEMERIKSAAN TUKAR MILIK

Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, Puspakom akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan.

5. PEMERIKSAAN IVIC

Puspakom juga berperanan memeriksa kenderaan import sebaik tiba di Malaysia. Pemeriksaan IVIC atau turut dikenali pemeriksaan B6, merangkumi semua kategori kenderaan yang diimport, termasuk kenderaan baharu atau terpakai. Puspakom juga menawarkan pemeriksaan B2 bersama-sama dengan pemeriksaan B6 sekiranya diminta oleh pengimport dan ejen kenderaan.

6. PEMERIKSAAN HPI

Selaras dengan seksyen 4G Akta Sewa Beli 1967, mana-mana individu atau organisasi yang memohon pinjaman untuk membeli kenderaan terpakai perlu mengesahkan kenderaan itu telah menjalani Pemeriksaan Sewa Beli dengan mengemukakan laporan B7 yang dikeluarkan oleh Puspakom. Pemeriksaan ini termasuk 18 pemeriksaan khusus, iaitu gabungan pemeriksaan identiti dan pemeriksaan fizikal.

7. PEMERIKSAAN SUKARELA

Pengguna diseru supaya menghantar kenderaan mereka untuk diperiksa Puspakom bagi memastikan selamat digunakan dan mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987.

pandulajudotcom_gallery5LTIDAK KOMPROMI

Untuk makluman, sekiranya sesebuah kenderaan itu tidak melepasi piawaian keselamatan semasa pemeriksaan, Puspakom tidak berkompromi terhadap mana-mana kenderaan yang tidak selamat bergerak atas jalan raya.

Pihak pemeriksan kenderaan akan memaklumkan sebab kegagalan yang mungkin berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya; cermin gelap, nombor enjin dan casis tidak jelas serta kereta potong dan sambung.

Walaupun Puspakom sudah mengesahkan kenderaan itu selamat, pengguna juga harus melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat seperti ketika mereka datang melakukan pemeriksaan di Puspakom. Ini kerana setiap pengguna mempunyai gaya pemanduan dan kadar penggunaan kenderaan berbeza.

pic 000_pandulajudotcomPemilik kenderaan perlu mementingkan aspek keselamatan seperti sistem brek, keadaan tayar, pelepasan asap dan sebagainya berada dalam keadaan baik dan mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika standard itu tidak dipatuhi selepas tarikh pemeriksaan di Puspakom, semestinya ia di luar tanggungjawab Puspakom. Justeru, tidak adil menyalahkan Puspakom jika berlaku kemalangan membabitkan kenderaan komersial kerana ia sudah lulus dari aspek keselamatan di Puspakom. Lebih penting, Puspakom ialah agensi yang komited dalam memberikan perkhidmatan yang telus dari segi aspek keselamatan kenderaan.

KHIDMAT ORANG TENGAH ATAU ‘RUNNER’

Selain itu, isu orang tengah atau ‘runner’ juga sering dikaitkan dengan integriti Puspakom. Mungkin ada kalangan kita berpengalaman menggunakan khidmat ‘runner’ ketika berurusan di Puspakom dengan alasan menjimatkan masa dan senang lulus.

Ya, anda berhak menggunakan khidmat ‘runner’, tetapi lebih baik jika urusan pemeriksaan dilakukan di Puspakom. Kami dimaklumkan Puspakom tidak berkompromi dalam isu rasuah dan tindakan akan diambil sekiranya mana-mana kakitangan didapati melakukan kesalahan.

pic 0_pandulajudotcomMalah, Puspakom juga berkerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2011 dalam usaha memastikan syarikat itu bebas daripada unsur jenayah rasuah. Konsepnya mudah, jika tiada orang menawarkan rasuah, maka tiada juga orang yang menerima rasuah.

Jadi, apa kata anda hantar sendiri kenderaan ke pusat Puspakom berhampiran untuk menilai sendiri tahap integriti dan perkhidmatan ditawarkan. Maklumat lanjut berkaitan Puspakom, layari www.puspakom.com.my atau hubungi 1-800-88-6927.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 Jabatan Pengangkutan Jalan Pemeriksaan Awalan Pemeriksaan Berkala Pemeriksaan Kenderaan Import Untuk Kastam (IVIC) Pemeriksaan Khas Pemeriksaan Sewa Beli (HPI) Pemeriksaan Sukarela Pemeriksaan Tukar Milik Perkhidmatan Runner Puspakom PUSPAKOM Sdn Bhd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026

    1 Comment

    1. Jai on 23/06/2020 09:34

      Puspakom harus block pemeriksaan untuk e-hailing yang kereta mereka yang dah sampai 9 tahun.Ada pemandu tidak tahu dan memohon untuk membuat pemeriksaan berkala e – hailing dan puspakom pun meluluskan pemeriksaan tersebut dan setelah lulus..i apabila pergi ke JPJ pemandi e-hailing tidak boleh membaharui road tax dan terpaksa membuat pemeriksaan B2 untuk mengubah kegunaan untuk menjadi kereta persendirian.Tidakkah ini membuang masa dan wang?Sebagai penawar perkhidmatan mestilah professional dan juga memberi khidmat nasihat kepada pemandu yang kurang arif TQ.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.