MALAYSIA menjadi antara 80 negara seluruh dunia terawal menerima kehadiran Renault Koleos serba baharu dengan menampilkan rekaan bergaya selain disematkan pelbagai teknologi terkini.
Menerusi pengedarnya di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC), Renault Koleos serba baharu adalah model SUV terpenting bagi Renault dan ia dijual pada harga RM172,800.
HARGA (Atas jalan tidak termasuk insurans)
- Renault Koleos Serba Baharu - RM172,800
JAMINAN
- Lima tahun tanpa had perbatuan
4 WARNA PILIHAN
- Putih (Universal White)
- Kelabu metalik (Grey Metallic)
- Hitam metalik (Black Metallic)
- Biru (Meissen Blue)
PRESTASI
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Busan, Korea, Renault Koleos serba baharu dipadankan dengan enjin petrol bersesaran 2.5L. Hasil padanan transmisi automatik X-Tronic, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 169hp pada 6,000rpm dan tork puncak 226Nm (4,400rpm)
APA YANG MENARIK
Ramai bertanya, apa yang menarik mengenai Renault Koleos serba baharu ini? Berikut adalah ciri-ciri yang ada pada Koleos.
- Lampu hadapan LED
- Rim aloi 18-inci
- Skrin audio sesentuh dengan sistem R-LINK 2 bersaiz 8.7 inci
- Kerusi dibaluti kulit berwarna hitam (Titan Black)
- Ruang kabin luas
- Dalaman tampak mewah
CIRI KESELAMATAN
- Enam beg udara
- Blind Spot Warning
- ISOFIX
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Bantuan Brek
- Bantuan Daki-Mula
Bagi anda yang berminat, tempahan sudah boleh dibuat dan model SUV ini dijangka akan berada di bilik pameran Renault bermula pertengahan Oktober 2016.
Leave a Reply