Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Renault Buka Premis Konsep EV di Pusat Beli-Belah
Auto Terkini

Renault Buka Premis Konsep EV di Pusat Beli-Belah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RENAULT mencipta sejarah tersendiri apabila membuka Pusat Pengalaman Kenderaan Elektrik Renault (Renault Electric Vehicle Experience Centre – REVEC) di pusat beli belah Sweden-Taby Centrum di Stockholm, Sweden yang memberi peluang kepada pengunjung meneroka kepentingan dan mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan mengenai kenderaan elektrik (EV).

Naib Presiden Kanan Kumpulan Renault EV, Gilles Normand berkata, pembukaan REVEC memberi peluang kepada Renault menyampaikan maklumat secara terus kepada orang awam mengenai EV.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In dan Kereta Elektrik?

“Bukan saja membantu mereka belajar lebih mendalam tentang EV, tetapi juga memberi ruang perkongsian idea daripada pengguna. Sebagai jenama EV nombor satu Eropah, konsep ini membolehkan kami berinteraksi secara langsung dengan pengguna,” katanya.

PELAJARI TENTANG EV

Pengunjung dengan mudah memahami maklumat penting mengenai pengangkutan elektrik dan mencari penyelesaian peribadi yang sesuai dengan gaya hidup menerusi pendekatan teknologi digital Renault. REVEC dibahagikan kepada beberapa zon berbeza seperti pameran produk EV dan maklumat mengenai infrastruktur cas dan sistem, undang-undang tempatan, subsidi, syarat pembelian dan perkhidmatan yang berkaitan dengan EV, termasuk ruang rehat dan bertukar idea.

Pengunjung juga berpeluang memandu uji EV Renault untuk merasai sendiri pengalaman memandu EV dan boleh terus membuat tempahan jika berminat. Seiring zaman teknologi, Renault menyediakan EV eksklusif yang membolehkan pengunjung mencari model yang memenuhi keperluan harian mereka.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Paling Laris di Dunia (2017), Tewaskan Volkswagen

REVEC dibuka bagi memenuhi keperluan pelanggan yang kian bertambah. Pembukaan pusat jualan berkonsepkan premis maklumat itu juga adalah pendekatan baru dalam usaha Renault mendekati pelanggan selain memenuhi komitmen ke arah industri automotif tanpa emisi.

Stockholm menjadi negara dalam senarai teratas Renault kerana pasaran EV di sana berkembang cepat selain inisiatif kerajaan Sweden dalam mempromosikan teknologi mesra alam. Renault juga merancang pembukaan premis sama di beberapa bandar Eropah.

Auto Terkini EV kedai konsep Kenderaan Elektrik Kenderaan Elektrik (EV) Pusat Pengalaman Kenderaan Elektrik Renault (REVEC) Renault Renault Electric Vehicle Experience Centre (REVEC Renault Twizy REVEC Roda4 sifar emisi Stockholm Sweden
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.