Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Remaja ‘Transporter’ Seludup 25 PATI dalam Vellfire Didakwa di Mahkamah
Roda4

Remaja ‘Transporter’ Seludup 25 PATI dalam Vellfire Didakwa di Mahkamah

Han OthmanBy Han Othman17/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG ‘transporter’ remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyeludup 25 warga Myanmar yang ditemukan dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire, awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berusia 17 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Azura Alwi kerana kes tertuduh melibatkan  kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) yang perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

BACA >>> Polis Tahan ‘Transporter Remaja’ Seludup 25 PATI Guna Vellfire

Tertuduh didakwa bersama seorang lagi suspek, yang masih bebas, atas kesalahan dilakukan di Jalan Manjoi 3, Taman Sri Kuching, Sentul di Kuala Lumpur pada 12.05 tengah hari, 2 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabit bersalah  boleh dipenjara maksimum 20 tahun, atau didenda, atau kedua-dua sekali.

Bagaimanapun, media tidak dibenarkan masuk mahkamah kerana kes melibatkan pesalah juvana dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Zuraidi Zulkifli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan izin memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 2 Ogos lalu, polis menahan remaja lelaki berusia 17 tahun yang mengambil upah mengangkut 25 pendatang tanpa izin (PATI) ke ibu negara berikutan penahanan sebuah MPV Vellfire di Sentul. MPV berkenaan ditahan sepasukan anggota polis selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.

Remaja itu enggan menghentikan kenderaan apabila diarahkan polis dengan bertindak melarikan diri, tetapi terbabas selepas terlanggar sebuah motosikal ditunggang seorang anggota polis bertugas, termasuk tiga kereta orang awam. Siasatan mendapati remaja dan seorang lagi rakannya, yang melarikan diri, membawa semua PATI itu dengan bayaran RM6,000 seorang dari Rantau Panjang, Kelantan ke Kuala Lumpur.

BACA >>> 6 PATI, termasuk 2 Budak Maut Dilanggar ketika Seberang Lebuh Raya
BACA >>> Basikal Syok Turun Bukit Sampai Terlanggar Vellfire, Netizen Pertikai Salah Siapa?

SUMBER: Bernama

Auto Terkini jenayah Pemerdagangan Manusia Remaja Seludup PATI Guna Vellfire Toyota vELLFIRE Transporter
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.