Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Rekacipta Konsep Beg Udara dengan Pelana Boleh Tanggal Seperti Jet Pejuang
Aksesori

Rekacipta Konsep Beg Udara dengan Pelana Boleh Tanggal Seperti Jet Pejuang

AryonBy Aryon12/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANYAK yang didebatkan mengenai beg udara motosikal. Honda pernah memperkenalkan beg udara yang dipasangkan pada papan pemuka GL1800 Goldwing, tetapi terpaksa dipanggil balik selepas dikesan mengalami kegagalan komponen.

Dainese dan Alpinestars turut menghasilkan beg udara dalam bentuk jaket, tetapi tidak memberikan perlindungan kepada bahagian kaki.

BACA >>> Yamaha Patenkan Beg Udara Skuter untuk Kurangkan Risiko Cedera

Terbaharu, satu syarikat start-up mendakwa menghasilkan sistem beg udara paling lengkap yang dipasangkan dalam pelana motosikal. Fungsinya, apabila berlaku kemalangan, penunggang akan diselubung banyak beg udara, seperti beg tidur (sleeping bag), yang mengembung daripada pelana yang akan ditanggalkan ketika terjatuh atau tercampak dari motosikal.

Ia sama seperti pelana jet pejuang, bezanya versi motosikal ini ditendang keluar secara automatik.

Menurut pasukan pereka, beg udara mengembung hanya sekiranya motosikal bergerak pada kelajuan tertentu, yang mana sensor gerak dan giroskop akan mengesan reaksi nyahpecutan mengejut, pecutan (jika dilanggar dari belakang) atau kehilangan keseimbangan yang tidak dapat dikawal penunggang.

Sistem tali akan memastikan pelana akan sentiasa bersama penunggang, termasuk memastikan beg udara dapat membalut tubuh depat tepat dan cepat. Ia juga secara automatik akan tertanggal dalam perlanggaran yang tidak cukup teruk (bagi membolehkan penunggang melompat dari motosikal) atau jika penunggang cuba berdiri ketika motosikal berhenti.

BACA >>> Helmet Beg Udara – Ciri Keselamatan Kenderaan Dua Roda Masa Depan?

Bagaimanapun, rekacipta baharu itu mendapat pelbagai respon netizen.

“Idea yang hebat jika kau pergi trip berkhemah! Minum (arak) sebelum pergi, cari kawasan perkhemahan, tarik brek kuat-kuat… Tada!!!. Kau sekarang atas tilam!

Ada juga mendakwa ciri keselamatan itu memberi idea kepada pencuri motosikal.

“Ini mudahkan pencuri ambil motor kau. Tolak kau, dan kau tak boleh buat apa, cuma marshmallow gergasi yang mampu pandang motor kau dibawa lari.”

Hmmm… macam-macam hal. Layan dulu video demo simulasi.

SUMBER: VisorDown

aksesori autotainment beg udara Beg Udara Motosikal keselamatan motosikal rekacipta
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.