Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Regulasi MotoGP (2020) Diperbaharui, Peranti Swingarm Kini Boleh Digunakan
Autotainment

Regulasi MotoGP (2020) Diperbaharui, Peranti Swingarm Kini Boleh Digunakan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


REGULASI MotoGP 2020 kini diperbaharui susulan isu penggunaan peranti aerodinamik pada swingarm jentera Ducati selepas perlumbaan Qatar tahun lalu yang mendapat protes empat pasukan lawan.

Regulasi baharu itu kali ini menetapkan penggunaan komponen tambahan itu di bawah peraturan ‘Aerobody’ yang membenarkan hanya satu pembaharuan aerodinamik dikemas kini pada satu-satu musim perlumbaan. Syarat dimensi badan juga diperincikan, manakala ujian beban baharu diperkenalkan bagi mengelakkan berlaku pergerakan peranti aerodinamik.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Rahsia di Sebalik Nombor Pelumba MotoGP?

Pasukan lumba MotoGP kini sudah mengemas kini bahagian aerodinamik sepanjang musim sejuk lalu. Namun pada masa sama, spesifikasi fairing 2019 masih melepasi syarat regulasi baharu tersebut. Malah, peranti swingarm juga kekal sah digunakan. Syarat regulasi paling ketara ialah aspek aerodinamik, terutama bahagian badan jentera yang memiliki efek aerodinamik.

Jika musim 2019 hanya ada dua bahagian aerodinamik (fairing depan sisi dan fender depan), tetapi musim 2020 diberikan penambahan satu peranti pada swingarm. Bahagian swingarm kini dimasukkan dalam regulasi selepas pengeluar dilihat sudah memasuki fasa yang masing-masing mula memaksimumkan penggunaan bahagian swingarm.

Dimulakan Ducati yang asalnya diilhamkan daripada deflektor air, penggunaan peranti swingarm kemudian turut dibangunkan Yamaha sebelum diikuti beberapa pasukan lumba lain seperti Honda, Aprilia dan KTM. Regulasi MotoGP 2020 menetapkan bahagian fender depan, swingarm dan fairing adalan komponen aerodinamik berasingan melainkan dijadikan satu pakej Aerobody.

BACA >>> Mahkamah Rayuan MotoGP: Dovizioso Kekal Juara, Peranti Swingarm Boleh Digunakan

Pakej Aerobody mesti sama dan tetap pada setiap perlumbaan. Jika ia diubah dalam pusingan perlumbaan tertentu, maka pasukan itu dikira melanggar syarat regulasi.

Sebagai contoh, Ducati menggunakan winglet, fender dengan skup udara dan spoiler (juga dipanggil ‘spoon’) swingarm pada perlumbaan Losail, Qatar. Jika pada pusingan perlumbaan seterusnya, misalnya di Buriram, Thailand, sekiranya Ducati menanggalkan spoiler swingarm, itu dianggap mengubah suai pakej Aerobody. Jadi, Ducati tidak berpeluang lagi mengubah pakej Aerobody seperti menukar rekabentuk fender depan.

SYARAT BAHARU BODYWORK

Selain itu, panjang travel fork setiap jentera perlu dimaklumkan sebelum pusingan pertama sesuatu musim bermula, dengan spacer dan alatan periksa bersaiz sama disediakan kepada Pengarah Teknikal.

Apabila menjalani pemeriksaan teknikal, bahagian belakang jentera sepatutnya disokong pada peg kaki saja, dengan roda belakang hanya disokong berat jentera itu sendiri, dan jarak kelegaan tanah tidak lebih 3mm. Jentera juga mesti tegak tanpa sudut miring.

Syarat dimensi badan keseluruhan MotoGP juga kini lebih spesifik, termasuk ‘kawasan tirus’ (tapered area) baharu untuk mengehadkan penambahan belakang badan jentera.

Sebarang komponen tidak spring (unsprung) pada suspensi belakang, dan sebarang komponen yang bergerak susulan travel suspensi belakang (seperti swingarm, madgad belakang, penutup swingarm, dan lain-lain), kini tidak dihadkan pada had badan belakang tirus, tetapi mengikut had lebar spesifik 450mm dengan pengecualian seksyen bulat pada bolt angkat roda belakang.

Sementara itu, penutup swingarm yang sepadan dengan permukaan swingarm dan dimuatkan dalam ofset swingarm 10mm adalah tidak termasuk sebahagian komponen Aerobody. Dimensi jentera maksimum dan profil luaran bagi komponen atas dan bawah pada fairing utama akan ditetapkan satu templat dimensi di bawah peraturan yang diperincikan Pengarah Teknikal.

Begitu juga sebarang sambungan atau pautan pada komponen tidak berspring (unsprung) suspensi depan (seperti penutup rotor brek, kaliper, salur penyejukan, dan lain-lain), kecuali fender depan dan bahagian litar brek (kaliper, hos), adalah mesti dimuatkan dalam silinder horizontal.

BACA >>> Rossi, Vinales Luluskan Komponen Baharu M1, Bukan Swingarm Karbon Saja yang Diuji

Regulasi 2020 turut mengemas kini definisi 180º, yang menjelaskan mengenai satu atau lebih kawasan rim belakang bersama komponen lain adalah tidak termasuk dalam peraturan Aerobody,  menjadikan keseluruhan lilitan dalaman rim sekurang-kurangnya 50 peratus.

Syarat badan roda depan juga tidak berubah walaupun terma ‘rim’ kini diperjelaskan lebih terperinci, iaitu bahagian bulat pada roda untuk dipasangkan tayar dengan pengecualian pada hab dan jejari. Peraturan baharu jarak kelegaan tanah juga ditambah bagi menghalang sebarang tambahan badan jentera melebihi kawasan tayar belakang yang ditetapkan pada 50mm dari tanah.

BACA >>> Suzuki Patenkan Enjin USD @ Terbalik, Swingarm Panjang dan Motor Jadi Lebih Stabil?

SUMBER: Crash.net

2020 MotoGP Aerobody Peranti Swingarm roda2 Spoiler Swingarm swingarm Winglet Swingarm
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.