Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rea Tinggalkan Kawasaki, Sertai PATA Yamaha untuk WorldSBK 2024
Auto Terkini

Rea Tinggalkan Kawasaki, Sertai PATA Yamaha untuk WorldSBK 2024

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAH! Jonathan Rea akan berlumba untuk pasukan PATA Yamaha bermula musim 2024 selepas mengesahkan perpisahan dengan pasukan lamanya, Kawasaki Racing Team (KRT) dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).

Hebahan itu dibuat PATA Yamaha menerusi media sosial selepas juara dunia WorldSBK enam kali itu mengumumkan keputusan meninggalkan KRT.

PATA Yamaha dalam satu kenyataan berkata;

Yamaha Motor Europe dengan bangga mengumumkan juara dunia enam kali FIM Kejuaraan Dunia Superbike, Jonathan Rea akan bergandingan dengan Andrea Locatelli dalam pasukan PATA Yamaha Prometeon pada 2024.”

Kontrak Rea dan PATA Yamaha adalah selama dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pata Yamaha Prometeon WorldSBK (@patayamahaprometeon)

Rea bersama KRT dalam saingan WorldSBK selama sembilan musim dan akan berpisah akhir musim ini dengan membantu pasukan itu mencatat enam kejuaraan dunia dari 2015 hingga 2020.

Beliau sebenarnya memiliki kontrak dua tahun bersama KRT untuk musim 2023 dan 2024, tetapi dilepaskan selepas kedua-dua pihak (Kawasaki dan Rea) mencapai persetujuan bersama. Beliau menggantikan kekosongan Toprak Razgatlioglu yang berhijrah ke pasukan BMW.

KRT dalam satu kenyataan berkata;

 Juara dunia enam kali WorldSBK, Rea akan meninggalkan Kawasaki Racing Team pada akhir musim 2023. Secara rasmi, terikat dengan kontrak untuk musim semasa dan 2024. Rea akan dilepaskan daripada perjanjian (kontrak) itu dengan persetujuan bersama pada akhir musim perlumbaan.

“Sepanjang masanya bersama pasukan pengilang rasmi, Rea mencatat enam kejuaraan dunia WorldSBK dan mencipta pelbagai rekod lain untuk kejuaraan, kemenangan perlumbaan, podium, lap terpantas dan kutipan mata keseluruhan.”

Kini timbul tanda tanya, siapakah akan menggantikan kekosongan Rea di Kawasaki?

SUMBER: VisorDown

Jonathan Rea Kawasaki Racing Team (KRT) Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) WorldSBK WSBK WSBK Pata Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.