Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Razlan: Petronas SRT Akan Ada Pelumba Tempatan 2022
Auto Terkini

Razlan: Petronas SRT Akan Ada Pelumba Tempatan 2022

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRINSIPAL pasukan Petronas SRT, Datuk Razlan Razali menjangka akan memilih seorang pelumba tempatan baharu untuk menyertai Kejuaraan Dunia MotoGP dalam kelas Moto2 atau Moto3 pada 2022.

Beliau berkata demikian dengan mengambil kira kesediaan fizikal dan mental barisan pelumba pelapis masa kini yang beraksi dalam Kejuaraan CEV Repsol untuk bersaing peringkat dunia.

Menurutnya, pasukan akan menyerap bakat sedia ada apabila mereka sudah benar-benar kompetitif.

Tahun ini mereka belum bersedia lagi. Saya percaya mereka akan diberi satu tahun lagi untuk selesakan diri di kejuaraan CEV dan melakukan yang terbaik.

“Cuba capai dengan sasaran ditetapkan. Apabila capai, baru boleh menyenaraikan mereka ke kejuaraan dunia bersama pasukan Moto2 atau Moto3. Itu harapan kita.

“Sekiranya pelumba pelapis kita capai sasaran ditetapkan pada tahun ini dan tahun depan, Insya-Allah tahun 2022 kita akan lihat minimum seorang pelumba di Moto3 ataupun Moto2,” katanya.

Adam Norrodin

Buat masa ini, Petronas SRT sedang membangunkan beberapa pelumba seperti Adam Norrodin (foto atas) di Kejuaraan CEV Moto2 Eropah dan Syarifuddin Azman (Damok) di Kejuaraan CEV Moto3 Remaja Dunia selain Muhammad Sharul Ezwan Sharil (Juan) di Piala Bakat Eropah (European Talent Cup, ETC).

Adam, 22, misalnya memiliki pengalaman beraksi di pentas dunia dalam kelas Moto3 dan Moto2 bagi menggantikan Khairul Idham Pawi (KIP) musim lalu, selain berada di tangga ketujuh dalam ranking pelumba Moto2 Eropah.

Buat masa ini dia berada di belakang pelumba tangga kelima dari Jepun, Taiga Hada, ketinggalan 22 mata dengan saingan berbaki dua pusingan lagi di Litar Ricardo Tormo pada 31 Oktober dan 1 November ini. Dia meletakkan sasaran menamatkan saingan musim 2020 di kelompok lima terbaik keseluruhan bagi membantu pasukan Liquimoly Intact SIC Junior Team.

Petronas Sprinta Racing Team beberapa hari lalu mengumumkan tidak menyambung kontrak KIP untuk saingan Moto3 musim depan yang mengundang pelbagai respons peminat permotoran tempatan.

BACA >>> Petronas SRT Tamatkan Kontrak KIP, Tapi Ada Peluang Kalau Tunjuk Keputusan Positif
BACA >>> Analisis: Patut atau Tidak PETRONAS Sprinta Racing Team Gugurkan Super KIP?

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Datuk Razlan Razali Petronas Sprinta Racing Team Petronas SRT roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.