Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ramai Mat Motor Kena Saman Sebab Nombor Plat ‘Fancy’
Auto Terkini

Ramai Mat Motor Kena Saman Sebab Nombor Plat ‘Fancy’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KESALAHAN menggunakan nombor pendaftaran kenderaan fancy antara saman paling banyak dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan menerusi Op Samseng Jalanan, malam Sabtu lalu.

Operasi tersebut diadakan di Jalan Persiaran Senawang 1 dan Jalan Rasah dengan 254 notis saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan.

Ketua JSPT Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, 73 saman daripada jumlah itu membabitkan nombor pendaftaran fancy.

Kesalahan lain termasuk tiada lesen memandu, cermin sisi dan ekzos tidak mengikut peraturan, melibatkan 132 motosikal diperiksa sepanjang operasi yang bermula jam 11 malam.

“Selain itu, dua individu ditahan di lokasi berasingan kerana mereka melakukan kesalahan termasuk menunggang secara melulu dan berbahaya selain kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

BACA >>> Polis Saman Anggota Meronda Naik Kapcai Pakai Plat ‘Fancy’, Tak Ada Cermin Sisi

Operasi membabitkan Skuad 42 JSPT Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan turut  menahan seorang penunggang remaja berusia 19 tahun kerana melakukan aksi wheelie di lampu isyarat depan pasar raya Giant di Senawang.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban turut menahan seorang penunggang lelaki berusia 26 tahun kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tidak dapat memberi keterangan memuaskan di Jalan Rasah.

“Semua individu ditahan dibawa ke IPD Seremban untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 108(3)(f) APJ 1987 dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil (AKK) 1955,” katanya.

BACA >>> JPJ Beri Izin Lapor Jika Nampak Ada Kenderaan Guna Nombor Plat Fancy
BACA >>> Tak Rela Dikecam, PLUS Malaysia Tutup Semua Komen Facebook Pasal RFID!
BACA >>> Plaza Tol Sesak Teruk Gara-Gara RFID, Netizen Lepas Geram di Media Sosial

SUMBER: SinarHarian

Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan Op Samseng Jalanan roda2 Superintendan Shafiei Muhammad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Anthony Loke Siew Fook
    Auto Terkini

    MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.