Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quick Ride Tawar Skim Beli Proton untuk Pandu Uber Serendah RM45/hari, Servis Percuma!
Auto Terkini

Quick Ride Tawar Skim Beli Proton untuk Pandu Uber Serendah RM45/hari, Servis Percuma!

Han OthmanBy Han Othman05/09/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat rakyat Malaysia! Anda kini boleh mendaftar dengan Quick Ride sebagai pemandu Uber untuk menikmati peluang memiliki kereta Proton dengan bayaran serendah RM45/hari, tertakluk syarat tertentu.

Di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur sebentar tadi baru saja berlangsung perjanjian memorandum (MOU) antara Quick Ride Sdn Bhd, yakni entiti gabungan antara Cartrade Group dan Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB), dengan Uber dan Proton.

MOU tersebut membolehkan mana-mana rakyat Malaysia yang berkelayakan, memilih Proton Saga 1.3L STD CVT atau Persona 1.6L STD CVT sebagai kereta Uber dengan  deposit cuma RM1,000 dan bayaran sewa milik serendah RM45/hari (Saga) dan RM55/hari (Persona). 

Berikut ialah kelayakan permohonan untuk menyertai Quick Ride:

  • Warganegara Malaysia.
  • 21 tahun dan ke atas.
  • Sihat mental.
  • Tidak disabitkan kesalahan berdaftar dan jenayah.
  • Tidak diisytiharkan bangkrap.
  • Memiliki lesen memandu sah.
  • Bersedia memandu sepenuh masa.

LEBIH FAEDAH

Berikut pula ialah faedah yang bakal dinikmati pemandu Uber yang berdaftar menerusi Quick Ride:

  • Kos insurans, cukai jalan dan penyenggaraan ditanggung Quick Ride (kecuali tayar dan minyak).
  • Wifi percuma dalam setiap unit Proton yang dibeli.
  • Set tablet interaktif di poket kerusi belakang.
  • Kenderaan diletakkan di bawah kategori UberX dalam aplikasi Uber.

Serentak pelancaran Quick Ride, sebanyak 1,000 unit kereta siap sedia diserahkan kepada pemohon yang berpotensi dan jumlah tersebut akan ditingkatkan berperingkat menjadi 10,000 unit dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pemohon yang layak juga akan mendapat konsultansi khas mengenai cara terbaik bagaimana mengatur trip penghantaran, membuat bayaran dan meraih pendapatan dengan baik. Jika berminat, anda boleh terus saja melayari QuickRide.my dan melengkapkan borang permohonan dalam portal tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-2711 0050 / 0051 atau e-mel info@quickride.my.

Auto Terkini beli Proton pandu Uber Cartrade Group Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB) Proton Quick Ride Quick Ride Sdn Bhd Uber
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026

1 Comment

  1. Ependy bin limun on 21/06/2019 10:07

    Saya berminat dengan iklan ini..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.