Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1
Auto Terkini

Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUO pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo dan Maverick Vinales mendedahkan apa sebenarnya kelemahan jentera YZR-M1.

Quartararo berkata, dia berdepan kesukaran untuk memintas pelumba Ducati kerana M1 masih kekurangan kuasa. Malah pengeluar Jepun itu didakwa dihantui masalah mencapai kelajuan lebih tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Pernah timbul kisah tentang Yamaha akan beralih daripada trenkuasa 4-silinder sebaris kepada konfigurasi V4 seperti digunakan Honda dan Ducati. Bagaimanapun, pelan itu gagal kerana memerlukan pelaburan besar dan masa untuk ujian.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?
BACA >>> Abah Vinales: YZR-M1 Lembut Macam Mentega, Tak Sesuai dengan Dia

Sejak itu, penunggang Yamaha terpaksa bergantung kepada skil masing-masing di selekoh, teknik membrek lebih kuat dan membrek lambat.

Kelebihan itu hanya menunggu masa kerana banyak pengeluar lain sudah menjalankan kerja menambah baik prestasi motosikal masing-masing apabila mula dapat merapatkan jurang dengan Yamaha di selekoh.

Quartararo berkata:

Secara jujur, kuasa dihasilkan enjin kami masih jauh ketinggalan. Aku rasa ada sesuatu yang menghalang kami menyelesaikan masalah tu. Tapi, aku tidak mau sebut. Apapun, aku dah bagitau Yamaha, jadi kami perlu ambil tindakan segera.”

Buat masa ini, Ducati Desmosedici GP ialah motosikal terpantas di trek MtoGP, tetapi ada pengeluar lain sedang meningkat kadar kelajuan seperti Suzuki. Menurut Quartararo lagi;

Kami masih di belakang Ducati jika dilihat dari sudut kelajuan, tapi kami masih tetap dapat meningkatkan prestasi walaupun sedikit.

“Satu lagi masalah, kuasa enjin. Kami juga perlu beri tumpuan buat yang terbaik pada sesi kelayakan. Sudah tentu ini bukan masalah mudah untuk diselesaikan dan jadi tugas besar buat pasukan.

Vinales juga senada dengan rakan pasukannnya itu, apatah lagi dia kini kerap dipintas mudah dengan jentera Ducati di laluan lurus. Dia juga mengakui terpaksa bergelut mencari ruang untuk cuba memintas jentera Itali itu.

Betul, memang susah nak potong bila kat belakang mereka (Ducati). Tapi, aku masih boleh potong juga bila masuk corner, terutama bila guna tayar baik punya. Aku cuma mampu kekalkan jarak dan cari peluang nak potong.”

Lama dahulu, veteran Valentino Rossi pada 2018 pernah berkata;

“Ducati dan Honda ada enjin V4, kami pula 4-silinder sebaris – mungkin ini masalahnya.”

BACA >>> Rossi: "Susah Aku Nak Race Tahun Depan Walaupun Pasukan Sendiri"
BACA >>> Rossi Terlalu Tua untuk Jadi Pelumba Ferrari Le Mans Hypercar

SUMBER: Kabaroto| Monster Energy Yamaha

Auto Terkini Ducati Desmosedici GP Fabio Quartararo Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP 2021 Yamaha YZR-M1
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.