Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»QJMotor Fort 350 2024 Masuk Malaysia Mei Ini, Harga Bawah RM23k?
Roda2

QJMotor Fort 350 2024 Masuk Malaysia Mei Ini, Harga Bawah RM23k?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/02/20241 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU lagi model skuter maksi 350cc bakal memasuki pasaran tempatan pada Mei ini. Berdasarkan maklumat diterima kami, model itu ialah QJMotor Fort 350 2024 dengan anggaran harga tidak lebih RM23,000!

MForce Bike Holdings (MForce) ialah syarikat yang memasang dan mengedarkan produk jenama QJMotor untuk pasaran Malaysia.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/02/qjmotor-fort-350-pandulaju.mp4

Buat masa ini, sudah ada enam model QJMotor ditawarkan dalam empat segmen berbeza, iaitu naked, sport, touring dan cruiser. Sebaik saja Fort 350 2024 diperkenalkan, model itu akan menjadi produk skuter pertama QJMotor di Malaysia.

Berikut perinciannya QJMotor Fort 350 2024:

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 350cc SOHC penyejukan  cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 33.8hp @ 7,500rpm, dan tork 35.2Nm @ 6,000rpm.
  • Sistem transmisi automatik CVT dengan tali sawat.
  • Sistem suspensi fork teleskopik konvensional KYB 33mm di depan, dan dwi-absorber (belakang).
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu siang (DRL), lampu signal belok dan lampu brek.
  • Panel meter berwarna TFT 7 inci dengan ciri Bluetooth untuk sambungan telefon pintar. Antara maklumat dipaparkan ialah Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).
  • Menggunakan sistem kunci kad NFC (boleh juga gunakan kunci).
  • Ada kamera pemuka (dashcam).
  • Ada dua kotak simpanan kecil bawah bar hendal, dan visor angin kawalan elektrik.
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar 120/70 (depan), rim 14 inci dengan tayar 150/70 (belakang).
  • Sistem brek cakera kembar (depan), dan cakera tunggal (belakang) yang masing-masing bersaiz 265mm serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Dimensi panjang 2,320mm, lebar 780mm, dan tinggi 1,390mm, manakala jarak roda 1,565mm dan tinggi bumi 150mm.
  • Tinggi pelana 775mm, berat 195kg dan kapasiti tangki petrol 14 liter.
MForce Bike Holdings QJMotor Fort 350 QJMotor Fort 350 2024 roda2 skuter maksi skuter maksi 350cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. AHMAD BIN ABU BAKAR on 30/05/2024 03:22

      Wow excellent

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.