Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MITI: Pusat Servis, Kedai Gunting Rambut dan Dobi Boleh Buka Sepanjang PKP
Auto Terkini

MITI: Pusat Servis, Kedai Gunting Rambut dan Dobi Boleh Buka Sepanjang PKP

Abang GYLBy Abang GYL12/04/202027 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSAT servis kenderaan, kedai gunting rambut, dan dobi adalah antara beberapa sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan menambah sembilan lagi sektor ekonomi untuk beroperasi secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan ditetapkan.

Syarikat yang tersenarai dalam sektor itu boleh membuat permohonan operasi kepada MITI bermula 13 April ini (Isnin), bermula jam 9 pagi. Semua permohonan mesti dibuat secara atas talian menerusi laman web www.miti.gov.my.

Hanya permohonan yang menepati syarat lengkap sahaja akan diproses.

BACA >>> PM: Kes Covid-19 Malaysia Terkawal, Kematian 1.6%, Positif 7%, Sembuh 43%

SEKTOR TAMBAHAN DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PKP

  1. Industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan)
  2. Industri mesin dan peralatan
  3. Industri aeroangkasa
  4. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
  5. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan
  6. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja)
  7. Perkhidmatan dobi (servis penuh dan bukan layan diri)
  8. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) – terhad kepada perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak dan gas; aktiviti R&D berkaitan Covid-19; makmal ujian bagi sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.
  9. Projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
    • Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
    • Projek yang disahkan mencapai kemajuan fizikal 90 peratus ke atas
    • Kerja-kerja terowong
    • Kerja-kerja penyelenggaraan
    • Kerja-kerja cerun
    • Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
    • Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air 
bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan 
pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
    • Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan 
bahaya
    • Projek bangunan dengan skor 70 IBS ke atas
    • Projek pembinaan dengan fasiliti/kemudahan tempat tinggal untuk pekerja 
seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
    • Perkhidmatan profesional terlibat dalam industri pembinaan seperti 
arkitek, jurutera perancang bandar, juru ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain
Auto Terkini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) PKP fasa ketiga
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026

    27 Comments

    1. Chandran on 11/04/2020 03:45

      Klau niaga pasar malam bila bole operasi)

      Reply
    2. Devanni on 11/04/2020 13:24

      Pusat cuci kereta boleh buka?

      Reply
      • badrul on 15/01/2021 11:59

        pusat cuci kereta boleh beroperasi ke?

        Reply
    3. BENNETH ERO on 23/04/2020 11:48

      Hello Boss

      Kedai Dody boleh buka tiap tiap hari kah ?

      Reply
      • Abang GYL on 23/04/2020 17:06

        Dobi boleh, tapi bukan layan diri.

        Reply
    4. Nantini Ramasamy on 25/04/2020 00:41

      Kedai jahit kain boleh buka ke?

      Reply
    5. andy on 01/05/2020 15:43

      kalau kedai dobi nak bukak kena apply ape2 x..ke boleh bukan terus je mcm tu

      Reply
      • Abang GYL on 01/05/2020 16:29

        Bermula Isnin boleh buka tanpa memohon

        Reply
    6. Wanitha Ganesan on 05/05/2020 18:30

      Kedai jahit boleh buka tak?

      Reply
      • Abang GYL on 06/05/2020 12:27

        Boleh

        Reply
    7. Roy on 05/05/2020 18:51

      Kedai gunting rambut boleh buka tak??

      Reply
      • Abang GYL on 06/05/2020 12:27

        Belum boleh buka lagi. Itu berita terdahulu sebelum kerajaan tarik balik

        Reply
    8. Mohamman on 06/05/2020 19:39

      Bengkel Body&Paint bole buka ke???

      Reply
    9. Alice on 06/05/2020 22:15

      Kedai urut blm ke

      Reply
      • Abang GYL on 08/05/2020 16:04

        Belum

        Reply
    10. Appu on 09/05/2020 14:46

      Kedai gunting rambut boleh buka x

      Reply
      • Abang GYL on 10/05/2020 23:29

        Tidak

        Reply
    11. Ravi on 11/05/2020 23:34

      Car wash boleh buka ke tak?

      Reply
      • Abang GYL on 12/05/2020 12:00

        Ya boleh

        Reply
    12. Hafiz on 13/05/2020 06:14

      Gym belum boleh lagi ke?

      Reply
    13. Ken on 14/05/2020 23:12

      Gym sudah dibuka?

      Reply
    14. Puspa on 15/05/2020 07:52

      Prayers items shop???

      Reply
    15. syam RG on 15/01/2021 12:02

      tuan

      kedai cuci kereta boleh beroperasi ke?

      Reply
    16. engkuf on 19/01/2021 20:33

      Tuan,

      Saya mempunyai kedai cucian kereta disalah satu Hypermarket. Bolehkah saya beroperasi disebabkan keperluan untuk membayar sewa dan gaji pekerja.

      Reply
    17. kulanthavell on 25/01/2021 13:01

      kedai cuci lorry puspakaom blh buka ke

      Reply
      • AO on 26/01/2021 11:22

        Ini kebenaran lama, bukan PKP 2.0

        Reply
    18. Barber on 06/03/2021 18:04

      Hi, saya dari masa depan. nak cakap, kedai gunting rambut akan dibuka 🙂

      -BarberAreaJohor

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.