Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Puig: Plat Tangan Marquez Patah Ketika Buka Tingkap, Bukan Berlumba
Auto Terkini

Puig: Plat Tangan Marquez Patah Ketika Buka Tingkap, Bukan Berlumba

AryonBy Aryon09/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOS HRC, Alberto Puig mendedahkan plat pada lengan Marc Marquez patah ketika pelumba itu membuka tingkap rumahnya dan bukan berlaku ketika beliau berlatih di gim atau berlumba di Jerez.

Marquez minggu lalu menjalani pembedahan kali kedua untuk menggantikan plat tulang lengannya yang patah selepas pelumba itu mengadu sakit hingga gagal meneruskan saingan di GP Andalusia. Malah, pembedahan terbaharu itu turut menghalang beliau berlumba di GP Brno, Republik Czech.

BACA >>> Tiada Aksi Marquez di GP Brno, Kena Bedah Kali Kedua Tukar Plat Besi Baharu
BACA >>> Penunggang Uji Repsol Honda, Bradl Ganti Marquez di GP Brno

Juara bertahan MotoGP untuk pulih daripada pembedahan pertama membetulkan tulang tangannya yang patah ketika beraksi di GP Jerez, Sepanyol. Apa yang mengejutkan, beliau muncul di GP Andalusia hanya empat hari selepas dibedah dan disahkan cergas untuk berlumba.

Malangnya, Marquez terpaksa menarik diri selepas mengadu kecederaan tangannya sakit semula sebelum berita pembedahan kedua diumumkan kira-kira seminggu selepas itu. Menurut doktor, plat dalam tanggannya itu patah dan perlu diganti baharu, sekali gus memerlukan lebih masa untuk beliau kembali pulih.

Apa menimpa Marquez mencetuskan spekulasi di kalangan peminat yang mendakwa kecederaannya itu berpunca daripada latihan dan sesi ujian disebabkan keputusan Honda membenarkan beliau kembali berlumba lebih awal.

Puig pantas menafikan spekulasi tersebut dengan menyatakan plat tangan pelumba Sepanyol itu patah ketika cuba membuka tingkap rumahnya.

“Ini kemalangan domestik sebab dia cuba buka tingkap dan tiba-tiba rasa sangat sakit. Selepas kami periksa, plat sudah patah,” kata Puig menjelang aksi GP Brno minggu ini.

Puig turut menyelar pasukan doktor kerana tidak memaklumkan kepadanya yang plat itu boleh patah. Katanya, jika tahu situasi itu boleh berlaku, beliau pasti tidak akan membenarkan pelumba kesayangannya itu turun berlumba.

Puig berkata;

Ini mungkin berpunca daripada tekanan dalam lengan. Tapi kami ke Jerez sebab doktor cakap OK dan dia orang tak beritahu pun kami yang plat tu boleh patah. Kalau kami tau maklumat ni, dia takkan pergi Jerez atau Honda takkan bagi peluang untuk dia lumba.

“Berlumba ni sukan bahaya, tapi benda ni (plat patah) tak berlaku di Jerez. Ia berlaku kat rumah dia sendiri. Kalau korang tengok, bukan (dia tak ambil risiko berlumba di Jerez).

“Tapi memang betul bila kau dibedah, dan ada tekanan kat bahagian cedera, jelas sekali ia sangat stres berbanding tak buat apa-apa. Tapi ahli sukan profesional itu dibayar untuk beraksi dan itulah apa yang dia cuba buat.

“Apa yang positif ini berlaku di rumahnya dan bukan di Brno, atau Austria atau atas motor yang boleh bagi kesan teruk jika dia kemalangan sekali lagi. Bermula sekarang kami akan pantau pemulihan tangan patah tu dan hanya masa akan menentukan bilakah dia akan kembali.”

Ketidakhadiran Marquez dalam dua aksi MotoGP menyukarkan pelumba Sepanyol itu mengekalkan kejuaraan yang diraihnya musim lalu. Lebih-lebih lagi pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo menjadi juara untuk kedua-dua pusingan itu dengan mengumpul 50 mata keseluruhan.

 

View this post on Instagram

 

Vamos dando pasitos para intentar llegar lo mejor posible a #CzechGP! 💪🏼 We are working to try to arrive in the best possible conditions for the #CzechGP! #MM93 #Sunday #rehabilitacion #arm

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93) on Aug 2, 2020 at 3:04am PDT

Alberto Puig Auto Terkini Honda Racing Corporation (HRC) HRC Marc Marguez MotoGP Repsol Honda roda2 sukan perlumbaan
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.