Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Tawar Ganjaran Hadapi Detik Mansuh GST, Tidak Perlu Risau Beli Kereta Sekarang!
Auto Terkini

Proton Tawar Ganjaran Hadapi Detik Mansuh GST, Tidak Perlu Risau Beli Kereta Sekarang!

Han OthmanBy Han Othman18/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI mungkin tertanya apakah kesan signifikan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap industri automotif, terutama pengeluar nasional seperti Proton?

Proton hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menyambut baik perubahan tampuk kepimpinan Malaysia yang menyaksikan kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri ke-7 baharu pada 10 Mei lalu. Ini termasuk keputusan memansuhan GST berkuatkuasa 1 Jun 2018.

Sebagai langkah persediaan, Proton memutuskan menawarkan skim harga sementara bagi memastikan pelanggan mendapat faedah berikutan perubahan dasar tersebut seperti berikut yang berkuat kuasa serta merta:

1. Semua kereta Proton yang dijual dan didaftarkan bermula 16 Mei-31 Mei 2018 akan diberi baucar servis, bersamaan nilai perbezaan antara harga kereta semasa dan baharu selepas kadar sifar GST dikuatkuasa nanti.

2. Khidmat Pelanggan Proton menawarkan diskaun 6 peratus bagi servis berkala (kos buruh dan penukaran alat ganti yang terjadual sahaja) kepada semua pemilik Proton yang melakukan servis di pusat servis diiktiraf. Inisiatif ini akan bermula 19-31 Mei 2018.

3. Kepada pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis bermula 16 – 18 Mei 2018, mereka juga\ akan diberi diskaun 6 peratus yang boleh digunakan pada servis akan datang (tertakluk resit servis terdahulu).

ANSURAN SIFAR, FAEDAH SIFAR

Ganjaran di atas ialah tambahan kepada tawaran sedia ada, iaitu promosi ‘Kosong-Kosong’ yang mana pembeli Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Ertiga (semua varian) dan Exora (semua varian) yang membuat pinjaman 9 tahun dengan Hong Leong Bank adalah layak mendapat pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama.

Bagi pembeli Saga atau Persona yang membuat pembiayaan pembelian 7 tahun dengan PROTON Commerce pula, mereka layak menikmati ansuran 3 bulan percuma, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, Proton sentiasa menyokong sebarang usaha Kerajaan Malaysia baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Walaupun GST berkadar sifar hanya berkuatkuasa 1 Jun, kami memutuskan memberikan ganjaran kepada pelanggan sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka dan bersempena bulan Ramadan,” katanya.

Abdul Rashid Musa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) GST Promosi Kosong-Kosong Proton Proton SST Tun Dr Mahathir Mohamed
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Auto Terkini

Yamaha Quality Service Kini Miliki Lebih 300 Pusat Servis, Rangkaian Terbesar di Malaysia

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.