Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Tamatkan 2024 dengan Jualan, Eksport Lebih 152k Unit Kenderaan
Auto Terkini

Proton Tamatkan 2024 dengan Jualan, Eksport Lebih 152k Unit Kenderaan

ShawkathBy Shawkath07/01/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PROTON menjual 152,352 unit kenderaan, termasuk eksport ke pasaran luar sepanjang 2024, sekali gus menduduki ranking kedua jenama popular di Malaysia dan kali keenam berturut-turut menguasai ranking kedua carta jualan automobil terlaris tempatan.

Disember 2024 menyaksikan jualan 14,601 unit kenderaan, iaitu peningkatan 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya. Jumlah jualan itu adalah termasuk eksport 1,113 unit kenderaan ke pasaran luar.

PRESTASI JUALAN PROTON 2024

Proton Saga

  • Dijual sejak empat dekad.
  • Model paling laris 2024 dengan jualan 72,769 unit (naik 3.7 peratus berbanding 2023).
  • Menjadi kenderaan Malaysia pertama dengan jualan lebih 2 juta unit (dicapai sejak Jun 2023).

Proton S70

  • Jualan keseluruhan 19,182 unit.
  • Meraih sedan segmen-C paling popular Malaysia.
  • Jualan Disember 2024 meraih 1,670 unit (naik 27.2 peratus berbanding November 2024).

Proton X50

  • Jualan Disember mencatatkan jualan 2,614 unit (naik 36.8 peratus berbanding November 2024),
  • Jumlah jualan 2024 mencatatkan 23,647 unit.
  • Menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B paling laris selama empat tahun berturut-turut.

Proton X70

  • Terjual 8,992 unit sepanjang 2024.
  • Jualan Disember merekodkan 1,456 unit (naik 36.7 peratus berbanding November 2024)
  • Faktor lonjakan jualan dibantu promosi hujung tahun.

Proton X90

  • Jualan terkumpul 2024 sebanyak 3,553 unit.
  • Hanya 307 unit dijual bulan lalu.

PRESTASI JUALAN SMART 2024

  • Subsidiari Proton yang mengendalikan kenderaan elektrik jenama smart, Pro-Net merekodkan jualan 622 unit untuk model smart #1 dan #3.

PROJEK CKD PROTON DI MESIR

  • Proton mengeksport kenderaan ke 18 negara luar dengan mencatatkan peningkatan jualan 31 peratus berbanding 2023.
  • Peningkatan tempahan dari Mesir mendorong jumlah eksport Disember naik kepada 1,113 unit.
  • Jumlah eksport sepanjang 2024 merekodkan 4,765 unit.
  • Mesir muncul destinasi eksport utama dengan jualan 1,748 unit pada 2024.
  • Brunei jadi destinasi kedua paling popular dengan jualan 1,200 unit.
  • Tiga model paling laris dieksport ialah Saga (2,906 unit) disusuli X50 dan S70.

APA KATA BOS PROTON EDAR?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata;

Tahun 2024 ialah tahun cemerlang buat Proton, yang mana kami berusaha gigih untuk mengharungi persaingan pasaran yang sengit sambil mencapai pencapaian penting.

“Kami berbangga dapat mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif kedua paling popular di Malaysia, meraih 18.7 peratus bahagian pasaran dan menunaikan janji untuk melancarkan model EV pertama kami pada 2024.

“Pada 2025, kami akan terus memperkukuh kedudukan Saga sebagai pilihan utama pelanggan, manakala kejayaan X50 dan X70 membuktikan minat tinggi terhadap SUV premium kami. Semua ini adalah pencapaian positif untuk dibawa ke tahun baru dan kami berharap dapat mengembangkan syarikat selaras nilai teras jenama kami, iaitu inovasi, kebolehpercayaan dan antarabangsa.”

Auto Terkini pro-net Proton jualan Disember 2024 rekod jualan Proton 2024 SMART
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.