Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Proton Putra – Jangan Berani Cabar
Bikin Auto

Proton Putra – Jangan Berani Cabar

Abang GYLBy Abang GYL24/03/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modifikasi Proton Putra_Pandulajudotcomdotmy (4)PROTON Putra pernah menjadi fenomena seawal pelancarannya pada 1996 sehingga menjadi antara model kegemaran rakyat Malaysia. Dilengkapi dengan enjin 4G93P 1.8L, penggunaan ‘jantung’ ini  membuatkannya seperti pisang goreng sebelum ditamatkan pengeluaran pada 2001.

Tetapi jarang sekali kita melihat Proton Putra menjadi pilihan kaki kereta untuk ‘dibedah’ menjadi sebuah  jentera modifikasi. Mungkin janaan enjin asal sudah membuatkan si pemilik berpuas hati dan tidak lagi mahu upgred.

Walaupun begitu, kami berpeluang bertemu Proton Putra yang sudah menerima beberapa penambahbaikan untuk menjadikan ia lebih berkuasa dan POWER.

Modifikasi Proton Putra_Pandulajudotcomdotmy (2)MODIFIKASI ENJIN:

Watak utama yakni enjin asal ‘dibedah’ dan digantikan dengan 4G63T Evo III. Ya, penggunaan enjin dari jentera Mitsubishi ini adalah penggemar kaki kereta. Blok asal 4G63T ini turut digantikan dengan model 4G67 bagi penjanaan kuasa yang lebih baik.

Kepala silinder turut melalui proses ‘port n polish’ untuk memberi lebih kelegaan kepada udara selain dibantu aci sesondol  jenama Tomei Poncam 260 darjah.

Modifikasi Proton Putra_Pandulajudotcomdotmy (18)Sistem pendesak kuasa pula dilengkapi dengan unit turbo TD05 18g. Udara bersih akan masuk melalui penapis udara Blitz dan disejukkan oleh unit intercooler Apexi. Manakala udara berlebihan akan ditolak keluar oleh ‘blow-off’ GReddy sebelum memasuki ruangan intake yang disedut melalui ‘throttle body’ Super 90.

Gas-gas karbon terhasil dihantar keluar melalui ekstraktor yang ditenggekkan dengan unit ‘wastegate’ jenama Turbosmart berukuran 38mm. Sementera itu, paip ekzos berukuran 3 inci disambungkan ke bahagian muffler HKS yang sedia menunggu di belakang.

Modifikasi Proton Putra_Pandulajudotcomdotmy (24)    Modifikasi Proton Putra_Pandulajudotcomdotmy (20)

Hasil bantuan kotak gear 5-kelajuan asal Evo III, ia diikat bersama LSD Cusco dan sistem klac berprestasi Triniti. Penalaan untuk enjin pula lebih mudah dilakukan dengan penggunaan Apexi Power FC + FC Commander selain beberapa meter diletakkan pada papan pemuka untuk memudahkan pemilik memantau prestasi enjin.

Untuk kestabilan, empunya jentera memasangkan sistem penyerap hentak boleh laras GAB HLSH dan strut bar jenama Ultra Racing pada bahagian depan dan belakang. Untuk cengkaman, sistem brek dari Evo II dipasangkan  di hadapan manakala GSR pula di belakang. Bukan itu sahaja, sistem brek turut dilengkapi dengan pelapik brek berketahanan pada suhu yang tinggi.

Modifikasi Proton Putra_Pandulajudotcomdotmy (15)LUARAN:       

Penampilan luaran jentera ini tampak lebih hebat apabila bahagian hadapan dipasangkan dengan kit badan dari model Evo II. Bahagian sisi belakang pula dikustomkan bagi menampilkan bentuk ‘widebody’Arc selain skirt sisi dan bumpar belakang.

Selain itu, ia turut dipasangkan dengan spoiler dan cermin belakang yang disalinkan kepada model Mitsubishi Mirage Asti 4 pintu. Untuk tampak lebih garang, rim ‘aftermarket’ Enkei RP01 bersaiz 16 inci dipadankan.

Modifikasi Proton Putra_Pandulajudotcomdotmy (8)DALAMAN:

Ruang dalaman juga tidak kurang hebatnya apabila menerima beberapa penambahbaikan daripada model Mitsubishi Evo. Papan pemuka Evo III dijadikan menjadi pilihan manakala tempat duduk separa buket Recaro SR3 dari model DC2 turut dipasangkan. Ia juga dipadankan dengan stereng MOMO dan perehat tangan dari model Evo IV. Tombol gear dan pedal pula daripada jenama Ralliart.

Menarik bukan? Jangan ingat Proton Putra senang untuk dibuli. Kalau berani, cuba cabar jentera ini.

TEKS Peanut      FOTO Shah Bahulu

SPESIFIKASI

Proton Putra

ENJIN ASAL 4G93P
MODIFIKASI ENJIN 4G63 Evo 3, Block 4G67, Turbo TD05 18g, Wastegate Turbosmart 38mm, Head Port & Polished, Cam TOMEI poncam 260 degree, Super 90 throttle body, Greddy Blow Off, Intercooler Apex-i, NGK R09 Cable Plug, Works Fuel Regulator,Blitz Air filter, Walbro Fuel Pump, Piping ekzos 3’ dengan HKS Muffler, Tuck in wiring
TRANSMISI Kotak gear Evo III bersama CUSCO LSD Full lock, Triniti Racing Clutch + Clutch Cover
ELEKTRONIK Apexi Power FC + FC Commander,
SUSPENSI GAB Hi Low Soft Hard Adjustable, Ultra Racing Strut Bar depan & belakang
BREK Evo 3 depan, belakang GSR
RODA Enkei RP01 16” Original Jepun
DALAMA: Papan pemuka evo 3 , kerusi Recaro SR3 (DC2), Stereng Momo Evo IV, Burger tray Evo 3, Evo 4 Arm rest, Ralliart Paddle, Ralliart Gearknobe, Knee rest Evo 3, Greddy boost meter, Greddy Oil temp Meter, Greddy Oil Press Meter, Greddy Water Temp Meter, Greddy Profec B Boost Controller.
LUARAN Sunroof, Evo 2 Front Bodypart, Custom Widebody Arc, Skirting kustom, bampar belakang kustom (putra-perdana), Ducktail Spoiler (mirage Asti), Wiper belakang + Windscreen (mirage asti 4 doors), Cromax all glass.
BENGKEL Mirage Garage (Tg.Malim, Perak)

4G63T Evo III Bikin Kereta Mitsubishi Mitsubishi EVO III Modifikasi Proton Proton Putra
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Nissan Frontier Ultimate Build 2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

    05/06/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026

    2 Comments

    1. Azman on 16/11/2020 19:38

      Tuan…boleh tau apa code cat warna ni… Brminat sangat dengan warna ni

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.