Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Mahu Hasilkan Kenderaan EV Sendiri Bermula 2027, Saga Jadi Model Pertama?
Auto Terkini

Proton Mahu Hasilkan Kenderaan EV Sendiri Bermula 2027, Saga Jadi Model Pertama?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON menyatakan hajat menghasilkan kenderaan elektrik (EV) sendiri menjelang 2027 dan kini sedang melakukan persiapan mengukuhkan keupayaan untuk tujuan itu.

Perkara itu dikongsi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah yang berkata, pihaknya sudah  berbincang dengan rakan kongsi berpotensi untuk memulakan usaha tersebut.

BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!

Menurutnya, penerokaan Proton dalam dunia EV tidak boleh dibuat tergesa-gesa tanpa memahami teknik penjualan dan pemasaran kenderaan berkenaan.

Sebenarnya, pelan hala tuju EV Proton sudah bermula sejak 10 tahun lalu tetapi terbantut akibat faktor permintaan pasaran dan teknologi semasa.

Jadi, lima tahun akan datang (hingga 2027) akan memberi kami masa mencukupi untuk menentukan teknologi mana yang paling mudah diterima, senang diselenggara dan mampu dimiliki kami serta pengguna.”

Sebelum membangunkan EV sendiri, Roslan menyatakan Proton akan menimba lebih banyak pengalaman melalui kerjasama dengan Smart Automobile Co Ltd. Proton juga adalah pengedar Smart untuk pasaran Malaysia dan Thailand.

BACA >>> Proton Bakal Jual Kenderaan EV jenama smart di Malaysia, Thailand

Roslan berkata lagi;

Kerjasama dengan Smart Automobile dan pengedaran kereta Smart ini akan mengajar kami (Proton) bagaimana memasang EV dalam negara termasuk memberikan pengalaman dan pengetahuan mengenai proses pemasangan.”

Menyentuh mengenai cabaran dihadapi kenderaan tenaga baharu (NEV) untuk menembusi pasaran Malaysia, Roslan menyatakan ia memerlukan sokongan lebih kuat daripada Kerajaan, kesediaan industri yang lebih baik dan peralihan minat pelanggan terhadap EV.

Menurutnya, jualan EV meningkat kepada 3.4 peratus atau 13,800 unit setakat ini, dengan model hibrid lebih popular berbanding EV penuh berasaskan bateri.

BACA >>> Proton Perdana Tun M: Sepatutnya Dipulangkan Selepas R&D Kereta Elektrik, Tapi…

Roslan berkata;

Ada cabaran utama perlu diatasi, masa dan usaha kolektif. Cabaran ini termasuk Malaysia tiada banyak kereta EV mampu milik, penerimaan pengguna masih perlahan, kurang kejelasan dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV, pembangunan bakat dalam segmen EV selain kekurangan pelaburan dalam teknologi berkaitan.

“Ini termasuk program penyelidikan dan pembangunan (R&D), pelaburan dalam rantaian bekalan, teknologi dan penyediaan infrastruktur EV yang lebih baik.”

BACA >>> Daihatsu Indonesia Bangunkan Axia Elektrik
BACA >>> Proton Mahu Lancar Tiga Model Baharu, Adakah X90 Masuk Senarai?

SUMBER: BERNAMA

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Proton Proton elektrik Roda4 Roslan Abdullah SMART Smart Automobile Co Ltd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.