Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Lancar Logo, Slogan Baharu!
Auto Terkini

Proton Lancar Logo, Slogan Baharu!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/09/20194 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KOMITED merealisasikan impian dan misi sebagai jenama automotif moden peringkat global, Proton menggariskan empat teras utama dalam usaha mencapai cita-cita tersebut.

Salah satunya adalah memperkenalkan logo dan slogan baharu seiring imej jenama automotif tempatan tersebut. Pengenalan logo baharu ini akan membuka perjalanan baharu Proton bagi membuktikan kemampuan menjadi jenama automotif moden untuk bersaing sihat di peringkat global.

BACA >>> Proton Kekal Momentum Jualan Setiap Bulan, Yakin Atasi Rekod Jualan 2018 Lebih Awal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, penjenamaan dilakukan Proton bukan sekadar logo, slogan atau warna. Beliau berkata;

Ia melambangkan aspirasi Proton dalam mengukuhkan komitmen kepada pelanggan dan kerana itulah kami tidak tergesa-gesa melancarkan penjenamaan baharu ini selepas bersama Proton sejak 2017.

“Sebaliknya, kami menumpukan kepada segala usaha menyelesaikan pelbagai isu pelanggan, mewujudkan produk lebih baik, meningkatkan rangkaian wakil penjual dan membina kembali kepercayaan pelanggan. Inilah komitmen dan ‘jenama’ kami.”

1. LOGO, SLOGAN BAHARU

Lambang harimau dikemas kini dengan sentuhan warna perak bersama rekabentuk unik. Bahagian kepala harimau ditinggikan seperti bentuk anak panah yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke depan. Rekabentuk baharu itu juga mewakili jati diri Malaysia.

Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) akan menjadi model pertama menggunakan logo baharu ini.

Slogan baharu Proton, ‘Inspiring Connections’ pula menampilkan aspirasi jenama yang mewakili teknologi dan mobiliti dalam menghubungkan manusia dengan memberikan inspirasi kejayaan dalam kehidupan. Selain itu, tiga nilai teras lain yang memacu misi terkini Proton ialah teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

2. TEKNOLOGI INOVATIF

Proton juga sentiasa bersedia membangunkan produk dengan rangkaian teknologi inovatif dimiliki melibatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)  peringkat global dan platform Geely iNTEC termaju.

Proton akan terus berusaha memastikan barisan produk dihasilkan dilengkapi teknologi terkini. Pelaksanaan itu boleh dilihat menerusi rangkaian model baharu Proton seperti teknologi sistem infotainment, ‘Hi, Proton’ dan pengenalan Proton Saga sebagai kenderaan pertama di bawah harga RM40,000 yang dilengkapi  ciri keselamatan standard Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

3. KEBOLEHPERCAYAAN

Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu

Proton juga percaya dengan kepentingan komitmen dalam mengembalikan kepercayaan pelanggan. Ini dikukuhkan dengan usaha Proton meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan dan produk dengan mengadaptasikan piawaian global dan amalan pembuatan terbaik, termasuk melaksanakan latihan kakitangan.

Proton turut bekerjasama rapat dengan rangkaian wakil penjual dengan menaik taraf pusat servis biasa kepada Pusat 3S/4S. Setakat ini, Proton sudah memiliki 102 Pusat 3S/4S seluruh Malaysia bagi meningkatkan pengalaman perkhidmatan selepas jualan terbaik buat pelanggan.

BACA >>> Interviu CEO: Proton Bukan Syarikat China, Tapi Sudah Jadi Multinasional

4. ANTARABANGSA

Dalam usaha merealisasikan impian sebagai jenama unggul global dan tiga pengeluar automotif terbaik ASEAN, termasuk mencapai pengeluaran 400,000 unit kenderaan menjelang 2027, Proton akan meneruskan bekerjasama dengan rakan perniagaan peringkat global dan memanfaatkan keupayaan rantaian bekalan peringkat antarabangsa.

Ini termasuk menggunakan bakat-bakat global dan mengadaptasikan teknologi antarabangsa untuk menjadi jenama automotif dunia kompetitif.

Auto Terkini hi proton logo Logo Proton Proton Slogan Proton
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026

    4 Comments

    1. Yob on 24/09/2019 14:27

      Baguih le dari DRB HICOM. Tukar logo macam kerja tak siap. Font kejap besar kejap kecik. Tak percaya tengok la slide presentation masa DRB jaga.

      Reply
    2. Md Ramaln on 24/09/2019 16:07

      Dalam dunia automatif ni Proton masih ketinggalan dari segi service after sale. Service Center Proton didapati tidak mesra pelanggan dan dalam kebanyakan kes tidak dapat menyelesaikan masalah pelanggan. Perbaiki dahulu khidmat lepas jualan dan warranty claim jika ingin mencapai sasaran jualan.

      Reply
    3. AHMAD AIMIN NIZAM on 24/09/2019 20:20

      Teringat kartun zaman 80an Tundercat logo lebih kurang sama

      Reply
      • khairi on 25/09/2019 14:39

        baru nk ckp, thunderrrr cat… hooooooo…

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.