Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Iriz Facelift Tanpa Kamoflaj Didedahkan, Bakal Tampil Ciri Arahan Suara ‘Hi Proton’?
Auto Terkini

Proton Iriz Facelift Tanpa Kamoflaj Didedahkan, Bakal Tampil Ciri Arahan Suara ‘Hi Proton’?

Abang GYLBy Abang GYL29/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Iriz facelift
tanpa sebarang seragam penyamaran sekali lagi didedahkan dan kali ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan peluang memandu sendiri model hatchback itu di Putrajaya, baru-baru ini.

Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi, jelas kelihatan beberapa perubahan ketara dari segi rupa luaran dan dalaman Iriz facelift. Antaranya, kehadiran gril depan baharu bertemakan ‘Infinity Weave’ yang diilhamkan daripada model X70.

Begitu juga bampar depan dan belakang yang lebih sporty berbanding versi sedia ada. Lampu depan pula diambil daripada model Persona dan turut dipadankan dengan lampu siang (DRL) LED. Selain itu, Iriz facelift juga bakal menampilkan warna baharu, biru muda seperti digambarkan lakaran grafik rekaan TheAjerul di bawah ini.

Rekabentuk belakang juga tidak lagi kelihatan lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan ‘P R O T O N’, seperti tertera pada X70. Jika ditelitikan, ada huruf ‘R’ merah pada perkataan Iriz. Mungkinkah model ini akan dikenali sebagai Proton Iriz R?

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?


ARAHAN SUARAN ‘HI PROTON’

Lebih menarik, kami juga mendapat maklumat, unit infotaiment bakal diberikan nafas baharu apabila dibekalkan ciri arahan suara (voice command) ‘Hi Proton’, sama seperti X70. Bagaimanapun, ciri ini cuma boleh mengawal sistem audio, navigasi, dan beberapa ciri lain. Arahan menurunkan tingkap secara voice command tiada untuk Iriz facelift.

Aspek mekanikal Iriz facelift masih kekal sama. Begitu juga harga, juga dijangka sama. Jika ada sebarang kenaikan atau penurunan, mungkin sedikit saja.

Mari kita sama-sama nantikan kehadiran Iriz facelift tidak lama lagi. Adakah model ini lebih menawan berbanding versi sedia ada? Apa kata anda?

BACA >>> Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain

GALERI
Proton Iriz facelift
enjin proton iriz 2019 enjin Proton Iriz Facelift harga proton iriz 2019 harga Proton Iriz Facelift Proton Iriz 2019 proton iriz baru proton iriz baru 2019 proton iriz facelift
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.