Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Catat Rekod Jualan Bulanan Tertinggi dalam Tempoh 10 Tahun, Saga Paling Laris!
Auto Terkini

Proton Catat Rekod Jualan Bulanan Tertinggi dalam Tempoh 10 Tahun, Saga Paling Laris!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mencipta rekod jualan sepanjang bulan lalu apabila mencatatkan jualan 11,873 unit kenderaan untuk pasaran tempastan dan eksport luar negara.

Rekod bulan lalu, Februari 2021, adalah paling tinggi dalam tempoh lebih sedekad Proton, sekali gus membantu pengeluar nasional itu melebarkan penguasaan pasaran kepada 27.1 peratus.

Berikut statistik jualan kenderaan Proton setakat tahun ini:

  • Januari 2021 – 5,964 unit
  • Februari 2021 – 11,873 unit

Jika dibandingkan jumlah jualan terkumpul dua bulan pertama 2021 dan 2020, Proton ketinggalan cuma 643 unit atau 3.5 peratus.

PERANAN X50


PROTON melancarkan X50 pada 27 Oktober tahun lalu dan meraih sambutan menggalakkan daripada pelanggan dengan lebih 30,000 tempahan diterima. Bagaimanapun, pelanggan terpaksa menunggu lebih lama untuk menerima kenderaan masing-masing kerana syarikat mahu menumpukan kepada aspek kualiti.

 

Kini, 8,141 unit X50 sudah diterima pelanggan selepas Proton selesai mengedarkan 3,345 unit sepanjang bulan lalu. Jumlah jualan tinggi itu melayakkan X50 dinobatkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) paling laris dalam segmen-B.

X70 turut menguasai pasaran SUV segmen-C dengan jualan 1,475 unit dan jumlah terkumpul atas jalan 4,820 unit.

SAGA DI HATI

Produk paling berjasa Proton, Saga pula mencatatkan jualan 4,217 unit dan lebih membanggakan, sedan segmen-A itu memegang status model pertama jenama itu dijual di Kenya.

Rakan niaga Proton, Simba Corporation akan memasang model Proton di Kenya dan dilancarkan pada 25 Februari lalu. Berikut prestasi model lain:

  • Persona menguasai pasaran sedan segmen-B dengan jualan 1,818 unit.
  • Exora kekal di tangga teratas MPV segmen-C MPV dengan jualan 361 unit.
  • Iriz di kedudukan ketiga dalam pasaran hatchback segmen-B dengan jualan 650 unit.

KEMAS KINI MODEL SERBA HITAM

Proton pada 18 Februari lalu memperkenalkan empat model edisi khas dan terhad, iaitu Persona dan Exora Black Edition, dan Saga dan Iriz R3 Limited Edition. Setakat 26 Februari lalu, Proton sudah menerima 1,169 unit tempahan daripada 3,500 unit ditawarkan, dan jualan masih dibuka.

Auto Terkini Jumlah Jualan PROTON Holdings Berhad Proton Saga Proton X50 Rekod jualan Rekod Jualan Februari 2021 Proton
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.