Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Buka Kilang di Pakistan, Raih Dana Bank China RM1.88b, Sasar Nombor 3 di Asean
Auto Terkini

Proton Buka Kilang di Pakistan, Raih Dana Bank China RM1.88b, Sasar Nombor 3 di Asean

Han OthmanBy Han Othman27/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON bertukar dokumen dengan dua rakan niaga di Beijing yang bakal melonjakkan pembangunan masa depan pengeluar nasional itu, melibatkan:

  1. Dokumen pertama – Perjanjian Perlesenan dan Bantuan Teknikal (LTAA) dengan Al Haj Automobile (Al Haj) untuk membina sebuah kilang pembuatan kereta Proton di Karachi untuk pasaran Pakistan.
  2. Dokumen kedua – Kemudahan perbankan ditawarkan China Construction Bank (CCB), bernilai RM1.88 bilion.

Majlis pertukaran dokumen disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Beijing ketika menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa. Perdana Menteri turut hadir dalam sesi dialog dengan pembekal komponen bersama Pengerusi Geely Holding Group, Li Shufu, Pengerusi Proton, Dato’ Seri Syed Faisal Albar, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding Group, Daniel Li Donghui dan ahli lembaga Proton, Shaharul Farez Hassan.

BACA >>> 7 Perkara Patut Anda Tahu Tentang Proton Iriz (2019) Facelift – Harga Bermula RM36,700!

NOMBOR 3 ASEAN MENJELANG 2027

Majlis pertukaran dokumen antara Proton dan rakan niaga di Beijing sangat penting dalam usaha mencapai matlamat jangka panjang.

LTAA antara Proton dan Al Haj dibuat susulan upacara simbolik pecah tanah yang diadakan di Islamabad, Mac lalu. Berdasarkan perjanjian, sebuah kilang pengeluaran pemasangan tempatan (CKD) baharu akan dibina untuk memasang dan mengedarkan kereta-kereta Proton di Pakistan.

Kilang di Karachi itu, yang akan dibina di satu kawasan tapak Greenfield dengan pelaburan awal AS$30 juta (RM123 juta), akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tiga tahun pertama operasi dan anggaran 20,000 pekerjaan tidak langsung untuk industri sokongan lain.

Dokumen kedua antara Proton dan CCB pula bagi kemudahan perbankan yang akan diluaskan salah satu bank terkemuka di China. Dana tersebut diperuntukkan untuk membiayai pelan pengembangan perniagaan Proton pada masa depan kerana dalam usaha mencapai matlamat menjadi jenama automotif nombor satu di Malaysia dan nombor tiga di Asean menjelang 2027.

BACA >>> Konvoi Malaysia-China: Proton X70 Redah 13,000km Tanpa Sebarang Masalah

Dato’ Seri Syed Faisal Albar berkata, pengembangan lebih banyak pasaran asing ialah kritikal untuk pertumbuhan jualan sambil memperoleh pembiayaan bagi membolehkan Proton melabur dalam banyak projek diperlukan untuk menjadikan syarikat ini jenama automotif peringkat global.

Al Haj Automotive Auto Terkini China China Construction Bank Geely Kilang Proton di Karachi Pakistan Proton
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Rezeki Bermula Dengan Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Wang Tunai RM135,000

16/07/2026
Auto Terkini

PETRONAS Sprinta Ladies Dilancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026

1 Comment

  1. Daddykasi on 29/04/2019 08:06

    Hebat.. Dapat dana R&D lagi. Seperti kebiasaan PM ke4 dulu..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.