Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton 1 Tank Adventure [SIRI 1]: Minyak Dah Berkelip, Masih Boleh Pandu Saga ~200km!
Auto Terkini

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 1]: Minyak Dah Berkelip, Masih Boleh Pandu Saga ~200km!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


‘PROTON 1-Tank Adventure’ sudah masuk tahun kedua. Cakap-cakap sinis daripada kalangan warga maya memang tidak dapat dielakkan.

Sejak penganjuran pertama tahun lalu, ramai mempertikaikan misi dan mesej yang mahu disampaikan Proton. Saya baca satu persatu komen yang dilontarkan pembaca kami di PanduLaju. Ada yang saya setuju dan ada juga tidak.

Memang rasional, kita tidak boleh hendak samakan rekod yang dicapai peserta dengan pemanduan harian pemandu kebanyakan. Apapun bawa bertenang dan sila berlapang dada.

Kita perlu faham agenda ‘Proton 1-Tank Adventure’ adalah peserta perlu tiba ke destinasi terakhir dengan hanya berbekalkan isian penuh satu tangki petrol.  Silap langkah, tersadailah kereta tepi jalan. Jadi, apa yang perlu dilakukan, setiap peserta perlu merancang strategi supaya setiap liter minyak mampu dibakar sebaiknya untuk meneruskan perjalanan selama dua hari!

BACA >>> #PanduUji: Lenjan Proton Saga (2019) Premium AT dari Subang ke Ipoh, Apa Cerita?

Cuma apa yang jadi isu adalah tiada syarat ditetapkan penganjur. Jadi, peserta bebas menggunakan sebarang taktikal dalam menjayakan misi. Ada yang sanggup memandu seperlahan mungkin, menutup penyaman udara, mengisi angin tayar lebih keras, memandu di belakang kenderaan besar (potong angin) dan macam-macam trik lain. Cuma belum ada yang sanggup upah trak tunda. 🤣

Namun, ia tetap bergantung kepada corak pemanduan pemandu. Ini kerana seseorang pemandu itu perlu juga faham tentang teknik pemanduan jimat seperti melakukan anjakan gear pada masa tepat dan sesuai supaya tidak berlaku pembaziran minyak, atau bagaimanakah mengawal injakan pedal minyak.

Kereta Proton memang boleh jimat minyak walaupun dipandu macam biasa tanpa melakukan gaya penjimatan ekstrem seperti apa yang kami lakukan ini. Saya pun bukan pemilik Proton dan ini pengalaman saya buat kali kedua berturut-turut dalam misi ‘Proton 1-Tank Adventure’.

Tahun ini saya berpeluang sekali lagi masuk pertandingan cabaran petrol ini bagi kategori Media.

BACA >>> FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

HARI 1: PANDU MACAM BIASA, SIAP BUKA AIRCOND!

Seperti tahun lalu, saya bersaing dalam kategori Proton Saga. Cuma kali ini pasangan rakan media dari AutoWorld. Kereta kami adalah Saga varian standard dengan spesifikasi asal, termasuk tayar ganti. Kereta diisi petrol penuh, 40 liter dan pusingan hari pertama ini bermula biasa-biasa saja, bukan cara ekstrem untuk jimatkan minyak.

Tambahan lagi, ketika itu negara kita dilanda jerebu teruk. Jadi sepanjang perjalanan kami memilih untuk menghidupkan penyaman udara, manakala tekanan angin tayar diisi mengikut rekomendasi standard. Pusingan pertama bermula dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam menuju lokasi akhir di Tanjung Piai, Johor.

Syarat yang perlu dipatuhi peserta ialah tiba di lokasi pemeriksaan dalam tempoh masa ditetapkan. Memang tidak boleh hendak santai sangat sebab perlu mengejar masa. Perjalanan COE-Melaka menggunakan laluan lebuh raya sebelum ikut susur keluar di Ayer Keroh dan meneruskan pemanduan menerusi jalan raya biasa merentasi Pagoh, Tangkak dan Yong Peng ke Tanjung Piai, Johor.

Jadi 70 peratus pemanduan kami adalah melibatkan jalan raya biasa dengan keseluruhan trip pertandingan (pergi-balik) sejauh 650km! Bahang panas jerebu dan kering di luar membuatkan kami tidak sanggup pula hendak buka tingkap. Terpaksalah penyaman udara dipasang paras sejuk. Sepanjang jalan dari Melaka ke Tanjung Piai ada lebih 10 lampu isyarat perlu ditempuh dan ini memang satu cabaran juga.

Disebabkan acara berlangsung hujung minggu, keadaan trafik agak sesak. Memandu Proton Saga 1.3L AT ini bukan saja perlu mengekalkan rev enjin sekitar 1,000-2,000rpm, kami juga cuba mengelak berhenti di lampu merah dan kurangkan membrek.

Apabila berhenti, pedal minyak perlu dipijak lembut supaya takometer tidak naik mendadak apabila kereta mula bergerak. Bagi memastikan beban enjin tidak berat meneran gear, kami cuba mengekalkan kelajuan pada 80kmj dengan rev bawah 2,000rpm

Sebaik tiba di parkir hotel di Johor Baharu, petrol masih berbaki empat bar untuk meneruskan perjalanan esok. Hari kedua akan jadi penentu. Soalannya, cukupkah empat bar petrol untuk kami tiba di pusat pemeriksaan akhir (Petronas) di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh Melaka? 😂😅

BACA >>> Proton Saga (2019) Dilancarkan! Inilah 8 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM33k!

HARI 2: SITUASI CEMAS, PETROL 1 BAR SAJA!

Baru saja memandu keluar kira-kira 5km dari hotel, tiba-tiba petrol turun satu bar lagi.  Sekarang kami perlu memandu dengan tiga bar petrol saja dari Johor Bahru ke R&R Ayer Keroh! Selepas berbincang, kami putuskan untuk guna strategi ekstrem, iaitu tukar gear kepada N ketika menuruni jalan raya berbukit, dan memandu belakang lori untuk ‘potong angin’.

Tidak lupa juga mengekalkan kelajuan maksimum setakat 70kmj selain turut mematikan penyaman udara. Namun, sekali-sekala kami on-kan juga sebab tak tahan panas dan jerebu luar. Ketika itu, jarak perjalanan ke pusat pemeriksaan akhir tinggal kira-kira 200km dan baki petrol tinggal satu bar saja. Memang nazak!

Masing-masing mula menyalahkan diri kerana tidak memandu dengan berhemah pada hari pertama. Lebih parah, selepas beberapa kilometer memandu, bar petrol sudah tidak lagi menunjukkan sebarang angka, cuma berkelip-kelip. Badan mula berpeluh dan seram sejuk. Lebih-lebih lagi selepas bertembung dengan dua kereta peserta lain yang tersadai akibat habis minyak. 😱

Walaupun indikator petrol berkelip-kelip, simptom kereta tersengguk-sengguk sebab perlu menyedut sisa-sisa baki minyak masih tiada. Jadi boleh dianggap selamat lagi. Ini sekurang-kurangnya berikan kami keyakinan yang baki minyak rizab yang ada mampu memberikan lebih perbatuan jika dipandu secara berhemah.

Hasilnya, siapa sangka dalam situasi serba mendebarkan itu, kami mampu juga sampai di Petronas Ayer Keroh, Melaka tanpa perlu tersadai tepi jalan. Fuhhh…

Pengajarannya, walaupun ibarat telur dihujung tanduk, pemandu Saga sebenarnya masih mampu menjimatkan minyak kereta mereka asalkan kena cara. Tetapi janganlah mengada-ngada hendak cuba bila memandu bersama keluarga kalau tak mahu memasing hilang mood hingga berlaku Perang Dunia. 😅

Apa yang membanggakan, kami mampu mencatatkan penjimatan bahan api dengan rekod 5.6km per 100km, iaitu kira-kira 17.9km per liter dan muncul juara kategori Saga (Media)! Hebat khennnn… 😝🤣

Namun jika tengok rekod peserta lain, saya jadi lebih terkejut kerana angka yang dicatatkan mereka menyamai penjimatan petrol kereta hibrid. Memang kaw-kaw punya strategi jimat ni.

  • Juara Iriz – 4.94 liter per 100km
  • Juara Persona –  5.43 liter per 100km
  • Juara Saga – 4.98 liter per 100km

Inilah pengalaman saya bersama Saga secara pemanduan biasa pada hari pertama (dengan pasang penyaman udara sepanjang masa), dan pemanduan ekstrem pada pusingan akhir kerana mahu kejar hadiah utama bernilai RM3,000. Hehehe. Jadi berapakah agaknya perbezaan rekod yang kami catatkan dengan dua corak pemanduan berbeza itu?

Shah Alam-JB dan JB-Ayer Keroh. Pergi balik satu tangki saja. Boleh tahankan?

BACA>>>#PanduUji: Proton 1 Tank Adventure Isi Penuh Saga Boleh Pergi Sejauh 650km!
BACA>>>#PanduUji: Lenjan Proton Saga (2019) Premium AT dari Subang ke Ipoh, Apa Cerita?

GALERI
2019 proton saga Auto Terkini jimat minyak Proton Proton 1-Tank Adventure Proton Saga proton saga 2019 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026

    1 Comment

    1. Nazir on 15/11/2019 11:37

      Saya guna iris. Travail.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.