Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Project Zero – Cafe Racer Elektrik Buatan Nepal, Boleh Tunggang 230km Sekali Cas
Roda2

Project Zero – Cafe Racer Elektrik Buatan Nepal, Boleh Tunggang 230km Sekali Cas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPASUKAN jurutera Nepal memperkenalkan motosikal elektrik kategori lightweight di ibu kota Kathmandu, baru-baru ini, dinamakan Project Zero.

Motosikal elektrik itu diusahakan enam jurutera muda, diketuai pengasas syarikat Yatri Motorcycles, Ashim Pandey, dan direka sepenuhnya di Nepal dengan komponen pembinaan diimport pelbagai negara, termasuk India. Sasaran seterusnya adalah menghasilkan komponen peringkat domestik.

Ashim dan pasukan jurutera mengambil masa dua tahun membangunkan Project Zero dengan meluangkan masa setahun bagi tujuan kajian dan penyelidikan (R&D). Model itu ialah motosikal jenis model cafe racer dengan rekabentuk panel sisi besar yang bertujuan menyembunyikan unit motor.

Tetapan bar hendal membantu ergonomik posisi tunggangan ke depan, sama seperti jentera naked. Ada panel skrin definisi tinggi (HD) 7 inci yang menyokong konektiviti telefon pintar sambungan dan paparan maklumat motosikal, termasuk baki kuasa bateri dan spidometer.

Yatri Motorcycles menggunakan gentian karbon sebagai material pembinaan bagi memastikan motosikal kekal ringan dalam kategori lightweight. Berdasarkan gambar didedahkan, lampu signal belok motosikal ini dipasangkan di penghujung  bar hendal, manakala lampu utama berbentuk bulat, dipercayai jenis LED.

Tuil brek depan kekal sebelah kanan bar hendal, tetapi kaliper dan brek cakera depan dipasangkan terbalik, iaitu sebelah kiri roda. Soket cas pula dipasangkan bawah pelana, di atas monoshock.

Project Zero juga memilih menggunakan sproket belakang bersaiz besar yang hampir menyamai saiz brek cakera belakang. Sama seperti motosikal konvensional, model elektrik ini juga menggunakan pacuan jenis rantai.

Bagaimanapun, tiada spesifikasi lengkap didedahkan. Apa dimaklumkan adalah jaminan jarak tunggangan 230km dengan pek bateri 30Kw yang dicas penuh dalam dua jam.

GALERI

SUMBER: IndiaTimes | RideApart

Ashim Pandey Cafe Racer Elektrik motosikal elektrik motosikal EV Project Zero roda2 Yatri Motorcycles
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.