Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PREVIU: Perodua Axia (2014) – Harga Bermula RM24,600 Hingga RM44,470
Auto Terkini

PREVIU: Perodua Axia (2014) – Harga Bermula RM24,600 Hingga RM44,470

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/04/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1220612SEBELUM Perodua Axia dilancarkan, banyak ‘gambar curi’ telah dimasukkan dalam laman sesawang automotif tempatan yang sering menjadi perhatian mereka yang ternanti-nantikan keluaran model ini.

Daripada kedai kopi Ali hingga ke kopitiam, topik ini hangat jadi perbualan mereka. Macam-macam cerita kita boleh dengar. Ada yang kata menawan dan tidak kurangnya masih mengkritik kereta buatan Malaysia ini.

Jika tidak perasaan, pasti ingat mereka yang membincangkan perkara ini adalah jurutera Perodua. Manakan tidak, mereka boleh bercerita sehingga ke bahagian enjin. Hebat-hebat!

Kini, segalanya terjawab apabila Perodua melancarkan model terbaharunya, Perodua Axia yang dijual bermula pada harga RM24,600 hingga RM44,470. Majlis dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk makluman, harga atas jalan Axia adalah lebih murah berbanding harga tentatif yang diumumkan sebelum ini. Pengumuman harga baharu yang lebih murah ini semestinya memberi khabar gembira buat peminat Perodua di mana harga ditawarkan dikurangkan antara satu hingga sembilan peratus.Berikut adalah senarai harga bagi keempat-empat varian:img006

EMPAT VARIAN

Perodua Axia hadir dalam empat varian: Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. Perbezaan utama antara kesemua model ini sudah semestinya melibatkan aspek rekabentuk luaran dan spesifikasi.

Menyentuh kepada nama Axia, perkataan ‘Axia’ (disebut a-zee-a) dipilih dengan menggabungkan perkataan Asia, di mana ‘X’ sebagai angka roman bagi nombor 10 yang mewakili model ke-10 Perodua. Lebih bersejarah buat Perodua, Axia adalah kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama negara.

P1210877JIMAT MINYAK

Hasil janaan enjin 1KR-DE2 3-silinder bersesaran 1.0L, Axia mampu menghamburkan kuasa 66hp pada 6,000rpm dan tork puncak 90Nm (3,600rpm). Hasil bantuan kotak gear automatik 4-kelajuan, ia mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 20.1km per liter manakala 21.6km per liter bagi transmisi manual 5-kelajuan.

REKAAN BAHARU

Melihat aspek rekabentuk, Axia sebenarnya berkongsi platform yang sama dengan model Daihatsu Ayla. Namun, rekabentuk dalaman dan luarannya menerima rekaan baharu hasil idea jurutera Perodua sendiri.P1220640

P1210877   P1210865Bagi varian Standard E dan G, rekabentuk luarannya tampak seakan sama seperti ‘abangnya’ iaitu Myvi. Standard E adalah varian paling asas di mana ia dijual pada harga RM24,600.

Jika harga berkurangan, mestilah ada ‘barang’ yang terpaksa dikorbankan. Antara yang paling ketara adalah ketiadaan radio dan pembesar suara. Sekiranya anda kaki muzik dan mahukan hiburan, apa kata lupakan saja hasrat untuk memilikinya melainkan ‘tambah’ sendiri selepas membeli.

Walaupun rasa pelik dengan ketiadaan radio, namun Perodua mempunyai alasannya tersendiri. Alasannya, mereka menyasarkan varian ini khas buat Institut Memandu. Selain itu, kajian mendapati ramai di antara pelanggan memilih untuk melakukan modikasi sendiri. Malah Perodua sendiri agak terkejut apabila peratusan mereka yang membeli varian ini lebih tinggi berbanding dijangkakan. Mengikut rekod diberikan, Perodua sudah menerima lebih 13,500 tempahan sejak ia dibuka pada 15 Ogos lalu.

Berlainan pula dengan varian SE dan Advance, ia hadir dengan bampar hadapan dengan gril radiator yang lebih lebar. Kerusi pula dibaluti dengan kulit selain hadir dengan ruang kabin lebih luas. Menyebut keluasan kabin, ia adalah lebih luas dan besar berbanding model Viva. Ruangan but belakang pula menawarkan keluasan sehingga 260L, iaitu lebih besar daripada model Viva dan Myvi. Mudah kata, ia mampu memuatkan empat bagasi pada satu masa sama.

 

P1210785P1210780   P1210760P1210748-001JAMINAN LIMA TAHUN

Lebih menggembirakan, buat pertama kalinya, Perodua menawarkan jaminan lima tahun atau 150,000km perbatuan (mana-mana tiba dahulu) bagi semua model Perodua yang ditempah bermula 17 September ini. Aspek keselamatan, Axia turut mendapat pengiktirafan 4-bintang daripada ASEAN NCAP.

Jadi apa tunggu lagi, apa kata anda ke pusat pameran Perodua berdekatan untuk melihat dengan lebih dekat spesifikasi dan kehebatan Perodua Axia. Jika berkenan, bolehlah angkat satu atau masukkan dalam senarai anda.

P1210890P1210925  P1210927  P1210843  P1210832P1210872

1KR-DE2 3-silinder Axia Advance Axia Special Edition (SE) Axia Standard E Axia Standard G Daihatsu Ayla Datuk Aminar Rashid Salleh EEV Perodua Jaminan lima tahun Model EEV Pertama Myvi Pelancaran Perodua Axia Perodua Axia Tempahan Perodua Axia Dibuka Viva
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.