Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Nissan Sylphy Impul (2014)
Roda4

PREVIU: Nissan Sylphy Impul (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/08/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

01_Nissan Sylphy_Tuned By IMPUL_FrontNISSAN Sylphy generasi ketiga menembusi pasaran tempatan pada 29 April lalu dalam dua varian iaitu 1.8E dan 1.8VL. Seperti artikel yang disiarkan Pandulaju.com sebelum ini, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai Nissan Sylphy berbanding generasi terdahulu.

Pertama, Sylphy adalah model serba baharu dan bukan versi dipertingkatkan (facelift). Kedua, Sylphy menawrekan ciri keselamatan lebih baik dan ruang dalaman dilengkapi keselesaan pemanduan. Ia juga adalah model import sepenuhnya (CBU) dari Thailand, dan bukan lagi versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang Segambut s,>eperti mana versi terdahulu. Previu penuh boleh rujuk di SINI.

Tidak mengambil masa lama, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) terus mengorak langkah agresif menawarkan penambahan elemen sporty ke dalam rangkaian produknya menerusi pengenalan Nissan Sylphy Talaan IMPUL.

03_Nissan Sylphy_Tuned By IMPUL_1.8VLSedia maklum, sosok badan Sylphy didatangkan dengan gril hadapan bersepadu tiga dimensi berkrom sebagai signatur Nissan dan enam lampu utama LED. Garis karakter bergerak dari lekuk dapra hadapan hingga lampu belakang yang menampilkan rekabentuk ladam kuda besar bersama lampu LED.

Rekaan badan aerodinamik menawarkan halangan udara rendah dan mengoptimumkan laluan angin di bawah kenderaan untuk mencapai kadar pekali seretan (CoD) 0.29 yang pastinya menjanjikan ekstra penjimatan.

Rekaan kabin mengekspresikan efek dinamik dan premium. Keselesaan ruang dalaman ditingkatkan dengan menambah 30mm ruang bahu dan 680mm ruang kaki selain ekstra kapasiti kargo hingga 510L. Sylphy turut menawarkan pengalaman pemanduan selesa dan senyap dengan mengurangkan kesan bising, getar dan kasar (NVH).

02_Nissan Sylphy_Tuned By IMPUL_1.8EAntara aksesori tambahan pada Nissan Sylphy Talaan IMPUL adalah bampar spoiler pada bahagian hadapan dan belakang, skirting sisi serta rim aloi bersaiz 17 inci dengan teknologi rekaan roda terkini. Ia adalah 25mm lebih rendah berbanding model standard.

Ia juga dilengkapi wing spoiler yang menjadi signatur IMPUL dan berfungsi mengoptimumkan aliran udara.  IMPUL Sports Springs pula menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lincah dan responsif, sekali gus menambah elemen sporty ke dalam varian terbabit.

Bersama jaminan tiga tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu), varian 1.8L berharga RM111,900, manakala 1,8VL, RM121,900, tidak termasuk insurans. Terdapat lima pilihan warna menarik, Cayenne Red (merah), Brilliant Silver (perak), Premium Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Diamond White (putih).

Maklumat lanjut berkaitan acara pandu uji Sylphy dan Teana, layari www.nissan.com.my atau hubungi Jabatan Perhubungan Awam ETCM di talian 1800-88-8368. Senarai harga tambahan bagi model Sylphy adalah seperti di bawah;

SPESIFIKASI

ENJIN MRA8DE 1.8L Twin CVTC
KUASA MAKSIMUM 129hp@6,000rpm
TORK MAKSIMUM 174Nm@3,600rpm
CIRI ABS, VDC, TCS, BA, 6 Beg Udara SRS, Paparan Multi-Maklumat (MID), penyaman udara automatik dan ventilator belakang
HARGA: RM111,900 (1.8V) | RM121,900 (1.8VL) – tidak termasuk insurans

Pakej Nissan Sylphy Talaan IMPULPakej Lengkap
Aksesori1.8E1.8VL
Pakej:

  • Bampar Spoiler Hadapan dan Belakang,
  • Skirting Sisi
  • Wing Spoiler Belakang
  • Rim Aloi IMPUL Aura SX-20 17 inci
  • Tayar Continental Premium Contact
  • IMPUL Sports Spring
RM 7,900RM 6,000
 
Nissan Sylphy Tuned by IMPUL PackageHarga Alat Ganti
Aerokit (termasuk Bampar Spoiler Hadapan dan Belakang, Skirting Sisi dan Wing Spoiler Belakang)RM 3,600 (E)
RM 3,000 (VL)
Rim Aloi IMPUL Aura SX-20 17 inci (4 unit)RM 4,500  untuk setiap set
Tayar Continental Premium Contact 2 (4 unit)RM 1,800  untuk setiap set
IMPUL Sports SpringsRM 1,000
Edaran Tan Chong Motor Nissan Sylphy Nissan Sylphy 1.8E Nissan Sylphy 1.8VL Nissan Sylphy Impul
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.