Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Previu Kawasaki Z900 Pasaran Malaysia Pada 23 Januari Ini
Roda2

Previu Kawasaki Z900 Pasaran Malaysia Pada 23 Januari Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/01/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

https://i.ytimg.com/vi/xD7vA6KifBc/maxresdefault.jpg
SUPERNAKED middleweight Kawasaki Z900 sudah dipertontonkan di Pameran Motosikal Itali (EICMA) 2016 sekitar November tahun lalu dan nyata menarik perhatian ramai peminat motosikal yang memberi petanda bakal menggantikan model sedia ada, Z800.

PanduLaju menerima berita kedatangan abang baharu ini yang khabarnya bakal dipertontonkan kepada pihak media tempatan pada penghujung Januari ini.

Kawasaki Motors Malaysia (KMM) memberitahu Kawasaki Z900 sememangnya antara model  dalam senarai produk baharu Kawasaki tahun ini. Malah, KKM juga akan mempertontonkan semua produk baharu 2017 dan kami difahamkan, tarikh cadangan majlis previu tersebut ialah pada 23 Januari 2017 – Isnin hadapan.

Namun, anda perlu menahan dulu rasa teruja untuk memiliki Kawasaki Z900 kerana walaupun dipertontonkan lebih awal,  masa sebenar motosikal itu berada di pasaran masih lagi dirahsiakan.

Perlu diingatkan, KKM juga mempunyai produk baru lain seperti Kawasaki Versys X250 dan Z650/Ninja 650. Tidak mustahil KKM membawa masuk dahulu model di bawah 650cc. Tambahan lagi Kawasaki ER6n dan ER6f sudah lama tiada model baru. Harap bersabar dan mula menabung sekarang!

PERINCIAN KAWASAKI Z900

Kawasaki Z900 ialah model supernaked futuristik yang galak seperti Kawasaki Z800. Di atas jalan, ia bakal menjadi pencabar dalam kelas 900cc seperti Yamaha MT-09 Series. Kawasaki turut menerapkan gaya rekaan SUGOMI pada model ini yang diilhamkan daripada model Kawasaki Z1000, mewakili elemen teras prestasi dan gaya yang ada pada model supernaked keluarga Z. Rekaan Sugomi juga memberikan penggayaan tajam, dinamik dan efek siluet yang berbeza.

Nadi Kawasaki Z900 ialah enjin sama yang terdapat pada Z1000. Enjin 948cc empat sebaris menghasilkan kuasa 126hp, iaitu tambahan 12hp berbanding Z800 dan dipadankan kotak gear 6-kelajuan menerusi hantaran klac slipper.

Kawasaki Z900 juga dilengkapi struktur kerangka trellis yang membuatkan supernaked itu lebih ringan 21kg berbanding Z800 dengan berat 210kg. Malah, tinggi pelana 794mm memudahkan akses kepada penunggang dengan ketinggian rendah.

Bagi keselesaan tunggangan, Kawasaki Z900 dilengkapi suspensi  fork terbalik 41mm di depan dan monoshock, belakang. Tugas menghentikan jentera pula diserahkan kepada brek cakera 300mm bersama kaliper 4-piston dan cakera 250mm dngan kaliper piston tunggal, belakang.

Kawasaki Jepun menawarkan dua versi Kawasaki Z900, iaitu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan non-ABS. Di Negara Matahari Terbit itu, pembeli di sana ditawarkan pilihan warna Pearl Mystic Grey (kelabu) atau Flat Spark Black Metallic (hitam).

Harga bagi model pemasangan tempatan (CKD) dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM70,000 seunit.

GALERI

kawasaki z900 abs
kawasaki z900 abs
kawasaki z900 abs
EICMA 2016 Kawasaki Kawasaki Motors Malaysia Kawasaki Z900 roda2 Supernaked
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.