Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Isuzu GIGA & FOWARD (2014)
Roda4

PREVIU: Isuzu GIGA & FOWARD (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/09/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1220485DEMI memenuhi permintaan dan memahami keperluan pengguna yang inginkan trak berkualiti tinggi selain menjimatkan, Isuzu Malaysia menambah lagi ahli keluarga baharu dalam segmen trak menerusi pelancaran Isuzu GIGA.

Menerusi kehadiran trak baharu ini, ia melengkapkan lagi rangkaian trak Isuzu sedia ada. Bermula dengan siri trak tugas ringan Isuzu ELF kepada siri trak tugas sederhana Isuzu FORWARD dan siri trak tugas berat Isuzu GIGA yang baru saja dilancarkan.

Pengarah dan Pengurus Besar Kanan Isuzu Malaysia, Katsuro Ishihara berkata, pengenalan Isuzu GIGA adalah satu langkah penting buat syarikatnya dalam usaha untuk menawarkan para pelanggan dengan rangkaian penuh produk Isuzu.

” Reputasi Isuzu selaku pengeluar trak berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan efisien menjadi asas kepada kejayaannya di peringkat global. Di Malaysia, Isuzu telah menjadi jenama trak paling laris dalam segmen trak tugas ringan untuk empat tahun berturut-turut.

” Kami berharap dapat mengeluarkan lebih banyak lagi model pada masa hadapan bergantung kepada permintaan pengguna,” katanya.

P1220511P1220522    P1220515ISUZU GIGA

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Isuzu GIGA hadir dalam dua model iaitu GIGA PRIME dan FXZ 360. Bagi GIGA PRIME, ia menawarkan dua varian kepada pengguna yang terdiri daripada trak 18 tan dengan rangkaian kuasa 4×2 dan trak 23 tan bersama rangkaian kuasa 6×4. Manakala trak FXZ 360 hanya hadir dalam satu varian iaitu 6×4 yang direka untuk mengangkut barang dalam keadaan ekstrem.

Aspek prestasi, kedua-dua model itu menggunakan unit enjin sama yang masing-masing dipadankan bersama kotak gear ZF manual 9-kelajuan. Hasil janaan unit enjin 6-silinder 6UZ1-TCC dengan pengecas turbo dan intercooler, Isuzu GIGA menawarkan prestasi mengangkut beban yang mengagumkan melalui penghantaran kuasa sebanyak 358hp pada 2,000rpm dan tork setinggi 1,422Nm (1,400rpm).

P1220509REKABENTUK

Isuzu GIGA dibina berasaskan platform 700P yang hadir dengan konsep rekaan terkini Isuzu. Menerusi konsep itu, ia hadir dengan penampilan lebih tegap dan menarik. Pada masa yang sama memiliki aspek aerodinamik, ergonomik dan standard keselamatan terbaik.

Bagi memberikan perjalanan lebih seronok dan selesa, ia hadir dengan kerusi dengan suspensi angin pada bahagian pemandu. Dengan kapasiti tangki sebanyak 400L, sudah pasti ia mampu membuatkan memberikan perjalanan lebih jauh berbanding biasa.

Biarpun dikenali sebagai trak, aspek keselamatan tidak dilupakan dengan kehadiran Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan brek angin penuh dengan pelaras auto.

ISUZU FOWARD

Selain melengkapkan rangkaian segmen trak dengan kehadiran GIGA, Isuzu Malaysia turut menambah lagi dua varian baharu bagi rangkaian trak FOWARD iaitu GVW 11 tan dan GVW 16 tan.

Bermula dengan Isuzu FSR PRO, trak kabin kompak GVW 11 tan ini mengisi ruang di antara siri trak tugas sederhana Isuzu ELF dengan menawarkan kapasiti tan lebih besar. Malah, ia turut menggunakan enjin 4-silinder bagi menjadikannya tidak terlalu besar dan lebih efisien untuk dipandu di bandar.

P1220497Selain FSR PRO, rangkaian Isuzu FORWARD turut disertai FVR PRO, trak yang berkongsi enjin sama, tetapi mempunyai tapak roda yang lebih panjang dan besar, GVW 16 tan.  Dua varian baharu ini juga akan menyertai rangkaian model FVR sedia ada dalam kategori 18 tan yang mengungguli carta jualan pada tahun 2013.

Berbanding model sedia ada dalam keluarga FOWARD, kedua-dua trak baharu ini menerima pelbagai peningkatan termasuklah aspek prestasi. Kedua-duanya menerima peningkatan kuasa dan tork.

FSR PRO 11 tan mampu menghamburkan kuasa sebanyak 208hp pada 2,600rpm (sebelum ini 198hp)dan tork puncak 638Nm@1,600rpm (sebelum ini 500Nm). Manakala FVR PRO 16 tan menghasilkan kuasa 208hp@2,600rpm dan tork 706Nm (1,600rpm) – menerima peningkatan kuasa sebanyak 15hp dan tork 206Nm.

Maklumat lanjut mengenai lokasi pengedar isuzu terdekat, boleh layari www.isuzu.net.my atau hubungi 1-300-88-1133.

Isuzu FVR PRO_With Background  Isuzu FXZ 360_With Background (1024x734)-001    Isuzu FSR PRO_With Background (1024x728)Isuzu GIGA PRIME_With Background (1024x654)-001Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

FORWARD FSR PRO RM151,300
FORWARD FVR PRO RM175,200
GIGA FXZ RM298,000
GIGA PRIME 4X2 RM258,500
GIGA PRIME 6X4 RM303,000

CBU Jepun Isuzu ELF Isuzu FORWARD FSR PRO Isuzu FORWARD FVR PRO Isuzu GIGA FXZ Isuzu GIGA PRIME 4X2 Isuzu GIGA PRIME 6X4 Katsuro Ishihara Trak Isuzu Trak lasak dan ekonomikal www.isuzu.net.my
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.