Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Previu Acah Mitsubishi Xpander Kini Boleh Dilihat di MidValley Megamall!
Auto Terkini

Previu Acah Mitsubishi Xpander Kini Boleh Dilihat di MidValley Megamall!

Han OthmanBy Han Othman08/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) sebentar tadi menyiarkan video acah Xpander di laman Facebook wakil pengeluar itu untuk memaklumkan kepada orang ramai yang crossover itu kini sudah dilihat di Malaysia.

Orang ramai kini boleh melihat previu acah Xpander di ruang East Atrium, di pusat beli-belah MidValley Megamall bermula hari ini hingga 13 September nanti. Jika berminat, anda juga boleh mendaftar butiran diri dengan mengetik pautan ini bit.ly/XPANDER-RegisterInterest untuk dimaklumkan MMM mengenai pelancaran crossover berkenaan.

BACA >>> 15 Fakta Pantas: Spesifikasi Mitsubishi Xpander Versi Indonesia + Foto Dalaman, Luaran

Kami dimaklumkan yang Xpander versi Malaysia sah ialah model pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kilang Mitsubishi di Pekan, Pahang.

Ini bermakna crossover ini akan ditawarkan pada harga kompetitif yang dijangka mampu menyaingi pesaing lain dalam segmen sama seperti Toyota Avanza, dan Honda BR-V, termasuk model tempatan Perodua Aruz.

Xpander sebelum ini juga sudah beberapa kali dirakamkan sedang diuji yang memberikan isyarat kemunculan model tersebut tidak lama lagi.

Jika mengambil spesifikasi Thailand, trenkuasa Xpander akan dijana enjin 16-injap 1.5L MIVEC DOHC berkuasa 103hp @ 6,000rpm, tork 141Nm @ 4,000rpm dengan opsyen transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

BACA >>> #Spyshot: Mitsubishi Xpander Merah, Kelabu Dikesan di Hulu Selangor
BACA >>> Mitsubishi Xpander Dikesan Jalani Ujian VTA di Putrajaya?

GALERI
Auto Terkini Crossover Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MidValley Megamall Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xpander MPV Roda4 Video Acah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.