• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prasarana Labur RM2.8b Tambah 27 Tren, Naik Taraf LRT Kelana Jaya

Prasarana Labur RM2.8b Tambah 27 Tren, Naik Taraf LRT Kelana Jaya

December 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) dilaporkan akan menambah baik laluan transit LRT Kelana Jaya dengan peruntukan RM2.8 bilion untuk tempoh lima tahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Azharuddin Mat Sah berkata, penambahbaikan itu turut melibatkan naik taraf sistem kawalan tren automatik (ATC) dan pembelian 27 tren baharu.

BACA >>> Prasarana Minta Maaf, Tidak Tahu Punca Gangguan Tren LRT Kelana Jaya
BACA >>> Nahas LRT: Keluarga Mangsa Tuntut Prasarana Bayar Ganti Rugi 1.8 Juta

Berdasarkan laporan, Azharuddin menyatakan naik taraf ATC itu membabitkan dua fasa masing-masing dengan kos sebanyak RM150 juta dan RM210 juta.

Usaha penambahbaikan itu amat penting dalam pelan Prasarana untuk mencegah insiden rempuhan 24 Mei 2021 kembali berulang.

Mengenai 27 tren baharu, kemudahan itu dijangka tiba seawal Julai dan Disember 2024 dengan kos anggaran RM1.7 bilion. Dalam pelan sama, Prasarana akan melakukan kerja penyelenggaraan untuk 35 set tren sedia ada yang menelan perbelanjaan RM800 juta.

Azharuddin menjelaskan, penyelenggaraan dan tren tambahan itu sangat penting supaya kekerapan tren boleh ditambah kepada setiap tiga minit. Pada masa sama, kemudahan lain seperti lif, eskalator, lampu dan bumbung bocor akan ditambah baik serta dibaik pulih.

Azharuddin berkata lagi;

Semua penambahbaikan itu sepatutnya dibuat dua atau tiga tahun lalu kerana Laluan Kelana Jaya sudah berusia dan ia satu keperluan untuk pengangkutan awam di Lembah Klang.

“Laluan tren Kelana Jaya amat sibuk, khususnya pada waktu puncak. Jadi satu kajian sedang dibuat untuk memenuhi permintaan menjelang 2030.”

Azharuddin berkata demikian selepas pertemuan antara Prasarana dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

BACA >>> Pengerusi Prasarana 'No Wonder' Kena Pecat!
BACA >>> Kerajaan Mahu Tambah Tren Elak Sesak Waktu Puncak
BACA >>> SOP Celaru, Tren LRT Bukan Lengang, Tapi Makin Sesak Sampai Penumpang Pengsan
BACA >>> Bas Rapid 'Makan Jalan' Punca Kenari Terbalik, Motosikal Terbabas?

SUMBER: WOB

Artikel Berkaitan

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Azharuddin Mat Sah, LRT Kelana Jaya, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), sistem kawalan tren automatik (ATC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k
    Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
    DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
  • Penemuan Ajaib di Kuantan, PBT Jumpa Bangsal Kereta Tengah Jalan!
    Penemuan Ajaib di Kuantan, PBT Jumpa Bangsal Kereta Tengah Jalan!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my