• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Mahu Tambah Tren Elak Sesak Waktu Puncak

Kerajaan Mahu Tambah Tren Elak Sesak Waktu Puncak

December 6, 2022 By Azhan O Leave a Comment

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENAMBAHBAIKAN pengangkutan awam, digitalisasi perkhidmatan dan keselamatan jalan raya menjadi antara agenda utama Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkuran, Anthony Loke berharap penambahan tren dapat dibuat bagi mengurangkan kesesakan pengangkutan awam. Namun hal itu bergantung perbincangan dengan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi melihat kekangan teknikal yang ada jika frekuensi tren ditambah, terutama pada waktu puncak.

BACA >>> Anthony Loke Puji Drebar, Rahsia Jarang Lewat ke Program
BACA >>> Kamera AES Bakal Ditambah untuk Kurangkan Kemalangan - Anthony Loke

Semalam saya sendiri naik Transit Aliran Ringan (LRT) bertujuan memahami keadaan sebenar masalah dihadapi pengguna, saya perlu berbincang dengan operator dalam minggu ini bagi mendapatkan penjelasan perancangan mereka.

“Yang kita harap dapat laksanakan adalah tambah kekerapan tren, tetapi ini ada cabaran teknikal sama ada sistem kita boleh hadapi frekuensi lebih kerap dan sebagainya.

“Semalam saya lihat setiap tren (kekerapan) dalam 5 minit, tetapi semalam jam 6 petang ada tren tergendala dan terpaksa dibawa secara manual dan ada tren terpaksa berhenti atas platform hampir 5 minit,” katanya selepas menyampaikan amanat kepada kakitangan Kementerian itu di Putrajaya, hari ini.


Terdahulu, Loke mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di bangunan Kementerian Pengangkutan pada jam 8.33 pagi sebagai tanda memulakan tugas secara rasmi.

Mengenai digitalisasi dalam perkhidmatan, Loke berharap perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai dapat dibuat secara digital bagi melancarkan operasi.

Digitalisasi sudah kita mulakan masa saya dalam Kementerian sebelum ini, antaranya sistem pendaftaran nombor plat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) eBid. Ada banyak sektor yang perlu kita laksanakan pendigitalan baik di JPJ, Jabatan Laut dan pengangkutan awam, saya rasa kita mesti berusaha ke arah ini (digitalisasi)."

BACA >>> Anthony Loke Sahkan Projek ECRL Akan Diteruskan
BACA >>> Anthony Loke Kembali Sebagai Menteri Pengangkutan

Artikel Berkaitan

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agenda Utama Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan, Menteri Pengangkutan, Transit Aliran Ringan (LRT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my