• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nahas LRT: Keluarga Mangsa Tuntut Prasarana Bayar Ganti Rugi 1.8 Juta

Nahas LRT: Keluarga Mangsa Tuntut Prasarana Bayar Ganti Rugi 1.8 Juta

May 31, 2021 By Azhan O Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) digesa membayar ganti rugi bernilai RM1.8 juta dalam notis tuntutan saman dikemukakan keluarga salah seorang mangsa nahas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bertembung, minggu lalu.

Notis tuntutan itu dikemukakan keluarga mangsa, Wong Chee Foong, 52, menerusi firma guaman Tetuan Jazzmine Khoo & Associates.

Berdasarkan laporan portal Kosmo, peguam Jazzmine Khoo apabila dihubungi berkata, tuntutan itu melibatkan kos perbelanjaan perubatan, kecederaan fizikal, tekanan mental dan emosi, trauma serta kehilangan pendapatan.

BACA >>> Mangsa Nahas LRT Dapat Bantuan Kewangan RM1k, Netizen Bantah
BACA >>> Nahas Tren LRT: 47 Parah, 166 Cedera Ringan

MANGSA MASIH KOMA

Mangsa ialah Chef Dapur di sebuah hotel di ibu negara yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, muka dan tulang belakang akibat nahas tersebut hingga terpaksa menjalani beberapa pembedahan dan rawatan lanjut. Mangsa juga masih belum sedar dan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mangsa juga bapa kepada empat anak berusia antara tiga hingga 15 tahun dan satu-satunya penyara nafkah keluarga.
Justeru keluarga mangsa berharap pihak terlibat dapat menjawab surat tersebut dan mengemukakan cadangan penyelesaian lebih baik dan wajar dengan segera.

Keluarga mangsa juga kecewa kerana kerana masih tiada sebarang usaha dilakukan Prasarana mengenai kos perubatan dan kerugian pendapatan, termasuk bantuan RM1,000 seperti dijanjikan sebelum ini.

Malah, keluarga mangsa berpendapat RM1,000 bukanlah jumlah pampasan setimpal kerana ganti rugi dialami mangsa lebih besar.

Pada 24 Mei lalu, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 cedera ringan dalam insiden pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat
BACA >>> Kucing Atas Bumbung Tak Mahu Turun Punca Tren Batal Perjalanan

SUMBER: Kosmo

Artikel Berkaitan

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Nahas LRT, Prasarana Malaysia Berhad, Tren LRT Bertembung

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my