• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bas Rapid 'Makan Jalan' Punca Kenari Terbalik, Motosikal Terbabas?

Bas Rapid 'Makan Jalan' Punca Kenari Terbalik, Motosikal Terbabas?

August 2, 2022 By Farah Leave a Comment

424
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

GARA-GARA bas Rapid 'makan jalan', kereta jenis Perodua Kenari dan sebuah motosikal menjadi mangsa keadaan apabila terbabas di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau di Pulau Pinang, semalam.

Kejadian jam 6.41 pagi itu turut dirakam kamera pemuka (dashcam) sebuah kenderaan sebelum rakaman berkenaan tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman, sebuah motosikal dilihat berada di belakang Kenari yang dipercayai mendaki satu kawasan berselekoh. Pada masa sama, kelihatan sebuah bas mula keluar dari lorong asal dengan hampir separuh badan bas melepasi garisan berkembar ke laluan bertentangan.

Semasa bas berkenaan membelok di satu kawasan selekoh, kereta berwarna putih dilihat terbabas dan terbalik di sebalik pembahagi jalan. Satu keping foto di tempat kejadian menunjukkan keadaan Kenari yang mungkin dikategorikan sebagai 'total lost'. Foto sama memaparkan seorang penunggang motosikal yang mengalami kecederaan teruk di muka dan lulutnya.

Nasib pemandu Kenari dan penumpangnya tidak diketahui.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Rapid Penang, Kenari tersebut yang dinaiki seorang lelaki dan perempuan dikatakan melanggar bahagian hadapan bas Rapid Penang di laluan T502 dan sebuah motosikal turut terlibat dalam kemalangan itu.

Kenyataan sama menyatakan:

"Walaubagaimanapun, kapten bas berserta seorang penumpang yang berada dalam bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital yang berdekatan."

Berikutan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Trafik Daerah Timur Laut dan Rapid Bus memaklumkan akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis untuk membantu siasatan.

BACA>>> Video Myvi Terbalik Angkara Vios GR Tak Reti Sabar Potong Barisan
BACA>>> Seorang Maut, Rakan Parah Pesawat Ringan Terhempas Tepi Rumah

Artikel Berkaitan

424
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bas Rapid KL, Dashcam, kemalangan, Rapid Penang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my